MADAH baru 214


*M276*
Kalau kita boleh dapat pahala dalam pergaulan, eloklah bergaul kerana manfaatnya merata.
Kalau tidak boleh dapat, eloklah banyak di rumah kecuali keluar waktu-waktu yang perlu sangat. 


*M277*
Banyak pejuang-pejuang masyarakat melihat gejala-gejala sosial dengan perkara yang tersurat, iaitu yang dapat dipandang oleh mata kasar. 
Dari sanalah mereka mengkaji, menilai dan hendak dibaiki. 
Orang kerohanian memandang gejala-gejala itu ada sebab yang tersirat yang sudah rosak; yang membuahkan perkara yang tersurat itu; iaitu hati manusia sudah rosak. 
Oleh itu hendak membaiki yang tersurat, kenalah baiki dahulu yang tersirat. 


*M278*
Membangunkan
masyarakat hingga masyarakat maju, lebih-lebih lagi yang membangunkan itu ada kuasa, itu agak mudah. 
Tapi untuk menangani gejala masyarakat hingga masyarakat menjadi bersih, ia bukan mudah walaupun kuasa ada di tangan, ia hanya boleh dibuat oleh manusia luar biasa.
Kalau zaman dahulu hanya para rasul, nabi-nabi dan orang yang bertaqwa sahaja yang mampu melaksanakan. 


*M279*
Apabila penyakit masyarakat tidak dapat dibaiki, sedang usaha-usaha telah pun dilakukan dengan bermacam-macam cara, itu menunjukkan pejuang masyarakat belum bertaqwa. 


*M280*
Hari ini amat sulit sekali hendak menyalurkan bantuan kewangan.
Bagi kepada orang perseorangan, payah hendak dicari yang bertaqwanya.
Diberi kepada organisasi selalu disalahgunakan bantuan itu.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah