MADAH baru 204


*M216*
Benih kejahatan juga sudah sedia ada di dalam hati atau roh manusia (fitrah semula jadi).
Baja penyubur adalah didikan yang tak bercorak syariat,
Air penyegarnya ialah kejahatan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, yang dapat dilihat dan yang didengar.


*M217*
Banyak orang menyebut nafsu, tapi tidak banyak orang tahu bagaimana hendak membaiki nafsu.
Bila nafsu tidak dapat dibaiki,
kita telah membuat hijab di dalam tubuh kita, ertinya setiap detik kita digoda oleh syaitan, tapi kita tidak sedar, akhirnya kita jadi bola oleh syaitan.
Dia boleh tendang kita ke mana-mana.
Di masa yang sama, ada kalanya kita maki syaitan, syaitan ketawa.


*M218*
Kalau hendak tahu bagaimana jahat dan liarnya nafsu kita, lihatlah perangai dan tingkah laku kita.
Mudahkah kita kontrol diri kita daripada tamak, dari seronok-seronok bergaul dengan wanita.
Mudahkah kita menerima nasihat daripada orang lain.
Mudahkah kita memaafkan kesalahan orang. 
Mudahkah kita meminta maaf.
Mudahkah kita bersyukur menerima nikmat.
Mudahkah berkhidmat untuk orang dan tiada ingin balasan.


*M219*
Di dalam Islam, latihan fizikal boleh dibuat sekali sekala,
latihan kerohanian, mendidik nafsu dan membersihkan hati,
latihannya kena dibuat setiap masa
kerana membentuk dan melatih diri yang lahir amat mudah, tapi hendak membentuk diri yang batin amat susah.
Buktinya, dengan badan yang sihat lagi terlatih,
orang boleh panjat bukit, merenangi lautan,
merentas hutan, menurun lurah, berlari beratus batu, tapi, untuk sembahyang, lebih-lebih lagi sembahyang subuh,                     
walaupun di atas karpet di bilik sejuk, banyak orang yang tidak sanggup,
bukan fizikalnya yang tidak mampu,
tapi hatinya yang tidak mampu.


*M220*
Selagi akal menilai, lebih-lebih lagi nafsu menilai,
bukan syariat yang menilai seluruh tindak-tanduk manusia,
selama itulah umat Islam sentiasa bercanggah tentang menilai, bercanggah dalam menilai erti akhlak, bercanggah dalam menilai erti hak dan bathil, bercanggah dalam menilai erti baik dan buruk, bercanggah dalam menilai erti cemerlang dan tidak cemerlang,
bercanggah dalam menilai erti mana yang utama dan mana yang tidak utama, bercanggah dalam menilai erti punca gejala  sosial,
bercanggah dalam menilai erti mana kawan dan mana lawan.
Sampai bila pun umat Islam tidak akan bersatu. 

 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah