MADAH baru 197


*M166*
Syariat Islam itu kalau diamalkan memang boleh menyelesaikan masalah kehidupan.
Maka di sinilah manusia selalu tertipu kerana ramai umat Islam menggunakan agama untuk menyelesaikan masalahnya,
seperti untuk membanteras gejala maksiat atau menghilangkan penyakit badan atau untuk perpaduan dan lain-lain lagi.
Kalaupun berjaya, masih rugi kerana syariat itu dibangunkan bukan kerana tuntutan Allah (iman), tidak ada pahalanya.
Kalau tidak berjaya, lebih-lebih lagi rugi, 
di dunia kecewa, di Akhirat Neraka.


*M167*
Membangunkan syariat biarlah atas dasar iman dan taqwa bukan atas dasar orang ramai atau terdesak oleh bermacam-macam masalah,
kerana syariat itu tuntutan Allah,
bukan tuntutan manusia atau tuntutan kehidupan.


*M168*
Mengamalkan syariat Islam itu jangan memilih, 
yang ada untung kita laksanakan,
yang tidak menguntungkan kita tinggalkan.


*M169*
Islam bukan untuk orang yang escapism atau orang yang kecewa di dalam kehidupan, 
tapi untuk hamba Allah yang taat,
untuk mendapatkan keredhaan-Nya.


*M170*
Agama Islam bukan untuk digunakan bermusim-musim atau tempat-tempat tertentu dan masa-masa tertentu, 
seperti kalau gejala masyarakat sudah berleluasa, bahananya semua orang terkena,
barulah rujuk kepada agama. 
Tapi Islam untuk setiap individu, sebarang masa, setiap tempat, di semua musim dan ketika mana saja kerana agama Islam bukan tuntutan  semasa tapi kehendak Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Esa.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah