*M181*
Orang yang hidup kerana mencari makan,
dia tidak kira di mana mendapat untung.
Dia boleh berpaut kepada orang jahat dan boleh berpaut kepada orang baik.
*M182*
Oleh kerana setiap kejadian sama ada baik atau buruk, Allah takdirkan bersebab.
Maka banyak manusia yang tertipu
yang mana sebab itulah punca kejadian itu,
hingga tidak nampak lagi pencipta asbab, iaitu Tuhan.
Oleh itu selalu manusia mentuhankan sebab sekalipun tidak menyebutnya.
*M183*
Di antara ujian Allah kepada manusia,
setiap kejadian, Allah tentukan dengan bersebab,
padahal Allah boleh melakukan tanpa sebab.
Agar menjadi ujian kepada manusia,
apakah manusia bertuhankan Allah atau mentuhankan sebab.
*M184*
Kekayaan tidak salah dicari selagi ia halal,
tapi perlu diingat, ia selalunya merosakkan kita.
Oleh itu berhati-hatilah dengan kekayaan.
*M185*
Cita-cita itu kalau tidak bertapak di bumi nyata, angan-angan namanya,
jika bertapak di bumi nyata, harapan namanya.
Mengharap diharuskan, angan-angan dilarang.
No comments:
Post a Comment