MADAH baru 192


*M136*
Orang kerohanian menawan manusia dengan ilmu, akhlak dan hatinya. 
Orang politik menawan orang dengan kuasa dan tenteranya. 

              
*M137*
Kalau kita bersetuju dengan satu perkara atau tidak bersetuju dengan satu perkara, biarlah atas dasar ilmu, ertinya ada hujah. 
Bukan atas dasar marah, orang akan bertambah benci, jiwa kita akan bertambah parah. 
Akhirnya tindakan kita itu akan memakan diri sendiri.  

 
*M 138*
Banyak iktibar di dalam kehidupan manusia, bahkan ia berlaku setiap hari.
Kalau manusia mahu belajar dengan pengalaman hidup sebagai iktibar, sudah tentu manusia boleh menjadi hamba Allah yang baik. 

 
*M139*
Setiap ilmu ada tempat penggunaannya. 
Mungkin ada masa-masa dan tempat-tempat tertentu sahaja diperlukan. 
Seperti ilmu matematik, tidak semua perkara dan masa penggunaannya. 
Begitu juga ilmu sains dan lain-lain lagi. 
Tapi perlu diingat, ilmu Islam penggunaannya di semua tempat, di setiap masa, dan di semua keadaan dan situasi. 

              
*M140*
Untuk menumbuhkan institusi ilmu, sekolah untuk ilmu, jabatan untuk ilmu, halakah ilmu, kementerian ilmu, itu mudah. 
Tapi banyak orang lupa untuk menubuhkan sama di sudut pendidikan ummah, ia susah.
Ilmu hanya sebagai panduan, pendidikan memberi penghayatan dan kesan.
Di akhir zaman, ini yang lemah di segi  pendidikan. 
Oleh sebab itulah kita tidak hairan di pusat-pusat pengajian berlakunya gejala yang tidak sihat.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah