Ibadah Tanpa Hubungan Dengan Tuhan



Ramai orang yang beribadah, takutkan Tuhan tidak ada di dalam hati,
cintakan Tuhan apatah lagi.
Seolah-olah ibadah itu tidak ada hubungan dengan Tuhan.
Ibadah sekadarkan hendak pahala dan fadhilat atau takut Neraka.
Kerana itulah ramai ahli ibadah melanggar syariat.
Hidupnya tidak berdisiplin, akhlak mereka rosak, mazmumah masih bermaharajalela.
Oleh itu dipandang oleh orang yang bukan Islam, Islam itu tidak indah.
Apatah lagi ahli-ahli ibadah itu apabila diuji dengan kesusahan, nampak tidak sabarnya.
Tawakalnya tidak ada, bakhil, tamak, pemarah, terserlah di dalam kehidupan mereka.
Kadang-kadang di dalam perbualan, nama Tuhan kurang sangat disebut.
Yang disebut ibadahnya dan kehidupannya.
Syariat pun disebut sekitar ibadah sahaja.
Bukan syariat di dalam kehidupan yang lebih global dan menyeluruh.
Kerana itulah ahli-ahli ibadah, orang tidak jatuh hati dengan mereka.
Ibadah mereka tidak membawa mereka kepada sifat taqwa.
Golongan ini termasuk orang yang tertipu dengan ibadah mereka.
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah