MADAH baru 201


*M186*
Kalau kematian tidak dapat mengajar manusia, 
tidak ada jalan lain lagi yang boleh mengajar manusia, 
kerana kematian itu hebat dan menggerunkan. 
Tidak ada kejadian lain yang segerun kematian. 


*M187*
Beberapa orang sama-sama mengorbankan harta untuk kebajikan, nilainya tidak sama.
Katakanlah sama-sama mengeluarkan wang untuk sedekah sebanyak RM 10.00, setiap orang itu jangan anggap pahalanya sama kerana beberapa faktor,
Pertama : Di segi keikhlasan sudah tentu tidak sama.
Kedua : Di segi susah dan senang mengeluarkannya tidak sama, orang yang gaji kecil sudah tentu terasa berat mengeluarkannya.
Orang yang berpendapatan besar tidak terasa apa-apa.
Ketiga : Kebersihan harta yang dikeluarkan oleh setiap orang itu tidak sama.


*M188*
Popular di kalangan banyak orang sekarang ini, harta yang dikeluarkan untuk kebajikan,
itu adalah kepunyaan persatuan atau syarikat atau masyarakat kampungnya,
tapi bukan wang poketnya atau dari harta kepunyaannya sendiri.


*M189*
Jangan kita anggap keadilan menurut Islam itu ialah timbangan sama berat,
ukuran sama panjang,
pembahagian sama rata, bilangan sama banyak, tapi keadilan dalam Islam itu ialah sama tindak tanduk kita di dunia ini di dalam semua aspek kehidupan,
Islam adalah menjadi panduan.


*M190* 
Sekiranya seseorang itu Allah kurniakan kepadanya kesenangan dan kemewahan
dengan rahmat-Nya, dia akan selamat.
Sekiranya ia atas dasar Istidraj, dia tidak akan selamat daripada sombong, megah, tamak, pembaziran dan lain-lain lagi. 

             

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah