MADAH baru 193


*M146*
Orang yang berilmu kenalah mengamalkan, merendah diri, kasihan dengan orang yang jahil, menyampaikan, bertanggungjawab, sabar.
Orang yang kaya kenalah merendah diri, pemurah, kasihan dengan fakir miskin, bertanggungjawab.
Pemimpin kenalah adil, penyayang, merendah diri, bertanggungjawab, sabar.


*M147*
Terimalah pahala-pahala percuma dari Allah yang bukan daripada perbuatanmu, 
seperti sakit, miskin, orang hina, bencana alam dan sebagainya,
tapi kebanyakan orang tidak bangga menerimanya. 


*M148*
Pahala dari sebab-sebab sakit, miskin, orang  hina, bencana alam, lebih selamat daripada pahala-pahala amal ibadah kita, kerana ia susah hendak dimasuki oleh riyak dan ujub. 

 
*M149*
Orang yang beramal ibadah kerana mengejar fadhilat, boleh menghijab di antara hamba dengan Allah. 

              
*M150*
Beramal ibadah kerana fahdilat, selalunya ibadahnya itu tidak boleh mengubah perangai jahatnya kepada baik.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah