Sembahyang Titik Tolak Segalanya



Kebaikan seseorang hamba itu bermula daripada membaikkan sembahyangnya.
Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya.
Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya,
khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca,
selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan pun mencurah-curah dianugerahkan kepadanya.
Allah Taala akan bersihkan jiwanya.
Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya.
Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa,
sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga.
Kelihatan pula kepada peribadinya, syariatnya sangat dijaga.
Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara.
Kerana itu betulkan sembahyang kita
Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya.
Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan tanpa sembahyang.
Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang.
Sembahyang adalah ibu ibadah.
Sembahyang adalah sumber segala kebaikan.
Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian.
Apabila baik sembahyang, segala-galanya akan menjadi baik.
Jika sembahyang sudah dicuaikan atau bersembahyang tidak ada penghayatan
maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup.
Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan tanpa sembahyang,
jni adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman.
Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan.
Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah