MADAH BARU 205



*M221*
Busuk bangkai atau kudis, 
hidunglah yang menjadi sasaran.
Untuk keselamatan tutuplah hidung, selesai masalah. 
Tapi busuk hati, masyarakat jadi sasaran.
Bukan mudah untuk dibendung akibat kebusukannya.
Ia terpaksa ditutup dengan undang-undang, hukuman dan didikan, terpaksa mengorbankan banyak tenaga, wang ringgit dan masa.


*M222*
Buta mata semua orang sedar tapi buta akal lebih-lebih lagi buta hati, banyak orang tidak sedar, sekalipun yang empunya diri. 


*M223*
Buta mata susah hidup di dunia,
buta akal menjadi fasik,
buta hati menjadi orang yang jahat.
Cuba gambarkan kalau ketiga-tiganya buta.


*M224*
Buta mata tak nampak jalan di dunia,
buta akal tak nampak pengetahuan,
buta hati tak nampak jalan di Akhirat.


*M225*
Setiap apa yang terjadi di dunia ini,
sama ada yang bersifat positif mahupun yang bersifat negatif,
kalau setakat mata melihat, tidak dapat apa-apa,
kalau akal yang melihat, dia akan dapat ilmu dengan kejadian itu,
kalau hati yang melihat, dia akan dapat iman dan hikmah.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah