Kalau jiwa manusia itu sentiasa hidup, hati manusia itu sentiasa jaga,
manusia boleh belajar dengan rasa hati.
Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi.
Cuma Islam itu menguatkannya sahaja.
Saya bawa beberapa contoh:
Setiap jiwa manusia ingin disayangi.
Kalau begitu dia tentulah akan menyayangi manusia lain.
Kerana kemahuan manusia itu sama.
Setiap insan suka kalau orang pemurah dengannya.
Itukan menyedarkan kita bahawa kita juga patut pemurah dengan manusia, kemahuan manusia itu serupa.
Manusia itu suka dia ditolong terutama di masa susah.
Perasaan itu sebenarnya mengajar kita, kita juga patut menolong orang lain kerana kehidupan manusia itu sama sahaja.
Setiap jiwa suka kalau dia diberi kemaafan.
Itu memberitahu kita sepatutnya kita juga memberi kemaafan kepada orang lain.
Kerana perasaan manusia itu adalah sama.
Setiap insan suka kalau dia diberi keadilan.
Ia menyedarkan bahawa setiap orang patut menegakkan keadilan kepada manusia.
Setiap orang tidak suka kalau dia difitnah, dizalimi dan disusahkan.
Kalau begitu setiap manusia tidak akan memfitnah, menzalimi dan menyusahkan orang lain.
Tapi realiti di dalam kehidupan manusia tidak jadi begitu.
Kerana hidup manusia itu sama.
Setiap orang itu hanya suka kalau dia diberi kasih sayang dan diberi perhatian.
Dia suka dibantu, ditolong, diberi keadilan.
Tapi dia sendiri tidak mahu melakukannya.
Dia suka tidak diganggu, difitnah, dizalimi dan disusahkan.
Tapi dia suka menimpakan kesusahan kepada orang lain.
Mengapa terjadi begitu?
Kerana jiwa manusia sudah buta dan terlalu mementingkan diri.
No comments:
Post a Comment