MENUJU TUHAN PERLU PEMIMPIN PILIHAN TUHAN



Jalan kepada Tuhan adalah bersifat maknawi dan rohani.
Mata tidak dapat melihatnya.
Yang melihat dan menilai adalah akal dan hati.
Sedangkan jalan raya yang bersifat maddi; boleh dilihat oleh mata, 
ramai orang yang terjatuh
atau tersasar ke kiri atau ke kanan.
Oleh itu jalan kepada Tuhan tidak semua orang boleh memimpin ke arahnya,
sekalipun dia seorang yang dikatakan ulama.
Mungkin yang bersifat maknawi, akal boleh menyuluhnya.
Tapi apabila yang bersifat rohani, ia lebih tersembunyi, 
dan ia adalah peranan hati.
Jalan kepada Tuhan itu terlalu seninya.
Kalau seseorang itu bukan pemimpin yang hatinya bersih,
yang dia dipimpin oleh Allah dan diberi ilham, tidak mungkin dia boleh memimpin manusia menuju Tuhannya, sekalipun ulama.
Kerana kebanyakan ulama, pakar di dalam memahami lafaz dan ayat yang lahir.
Memahami yang batin, itu adalah ulama pilihan Tuhan.
Ia merupakan pilihan di kalangan ulama.
Ia adalah rasul yang bukan rasul, atau nabi yang bukan nabi.
Kalau ulama yang bukan bersifat rasul atau nabi,
mereka juga perlukan pimpinan.
Betapalah orang awam, lebih perlu lagi adanya pemimpin.
Janganlah anggap jalan kepada Tuhan itu boleh baca sendiri, boleh pimpin diri sendiri tanpa pemimpin.
Kita akan tersesat jalan.
Kenalah ambil perhatian tentang ini. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah