Bagaimana rasa hati seorang hamba sepatutnya di waktu menyembah Tuhannya?
Faktor fikiran dan hatilah yang sepatutnya berperanan, bukan lahirnya.
Faktor lahir tidak ada apa-apa perasaan.
Di waktu menyembah Tuhan sepatutnya bermacam-macam perasaan kalau hamba itu faham dan menghayati ibadahnya.
Rasa hina, rasa diawasi, rasa cinta, takut, merayu, harap, malu, terasa hebat dan agungnya Tuhan.
Lupa segala-galanya, alam sekelilingnya, hatinya sepenuhnya dengan Tuhannya.
Sesuai di dalam doa iftitah ada menyebut,
aku hadapkan hatiku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi.
Dengan hati yang bersih penuh ikhlas, berjanji dan berikrar dan patuh tidak syirik dengan Tuhannya.
Terasa lazat dengan Tuhannya, meminta-minta dengan penuh sedar kepada Tuhan.
Di waktu itu memang peranan akal dan hati yang hidup serta aktif.
Menghayati apa yang diucapkan terasa benar dia hamba yang hina-dina di hadapan Tuhan.
Rasa bertuhan di waktu itu sungguh mencengkam hatinya.
Merayu-rayu kepada Tuhan, mengharap kepada-Nya, minta diampunkan dosa-dosanya.
Minta dikasihani, ditampal kekurangannya, ditinggikan darjatnya.
Waktu itu benar-benar terasa bercakap dengan Tuhannya.
Minta didengari permohonannya, merayu-rayu dengan penuh rendah diri.
Itulah dia ibadah, di waktu itu akal dan hati sangat hidup, sangat berperanan.
Ibadah yang semacam itulah yang memberi kesan kepada peribadi insan.
Selama ini ibadah hanya riadhah badan.
Berpuluh-puluh tahun beribadah perangai tidak berubah kerana ibadah tidak memberi kesan.
No comments:
Post a Comment