*M176*
Tidak mesti orang yang dihukum itu bersalah,
dan tidak mesti orang yang bersalah itu dihukum,
kerana di dunia ini mana ada keadilan,
kecuali ia datang sekali-sekala.
*M177*
Zaman sekarang berebut-rebut orang hendak menjadi Qadhi,
ertinya berebut-rebut hendak menghukum orang.
Dahulu orang takut hendak menjadi Qadhi,
walaupun dia dihukum.
*M178*
Karamah yang paling besar pada seseorang itu ialah kuat bermujahadah dan dapat melaksanakan suruhan Allah dan dapat meninggalkan larangan Allah.
Ia berlaku secara istiqamah, tapi banyak orang tidak tahu ia merupakan karamah.
*M179*
Kemajuan dan pembangunan yang tidak mengikut syariat akan ada side effectnya,
iaitu berlakunya kejahatan dan kemungkaran.
*M180*
Bertemu selalu tidak mesti bersatu,
bermasyarakat tidak mesti semuafakat,
berpisah tidak semesti berpecah,
kerana bersatu itu adalah ikatan hati.
No comments:
Post a Comment