Sikap Seorang Hamba Yang Baik




Bagaimana sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya? 
Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin.
Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna.
Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka.
Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya.
Setiap lepas mengerjakan ibadah, hatinya sentiasa sedih dan susah.
Sedih kerana dia merasakan derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya.
Setiap lepas beribadah, dia pun memohon ampun kepada Tuhan.
Hatinya menangis atau matanya menangis.
Kerana itulah hamba ini, dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya.
Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan.
Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya.
Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya.
Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya.
Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya.
Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus.
Untuk mengambus dosa-dosanya, dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan.
Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya.
Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri, tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya.
Maka dia baik sangka sahaja dengan orang, tetapi jahat sangka dengan diri sendiri.
Begitulah sikap seorang hamba yang baik. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah