*M241*
Di akhir zaman kebanyakan pemimpin berpura-pura di hadapan rakyat,
rakyat juga berpura-pura di hadapan mereka.
Pemimpin berpura-pura, takut tak dapat sokongan.
Rakyat berpura-pura, takut tak dapat pertolongan.
Jadi pemimpin dengan yang dipimpin sama-sama takut,
ertinya bangsa yang takut sesama sendiri.
*M242*
Di akhir zaman ini banyak perkara pelik-pelik, di antaranya, ada orang membuat kerja untuk mencari nama sekalipun terancam nyawa dan tertinggal agama, kemudian diagungkan oleh bangsa dan negara sebagai wira.
Contohnya:
a) seorang yang memanjat gunung tinggi, ada yang jatuh dan mati.
b) Seorang yang berenang menyeberangi lautan, ada yang dimakan ikan.
c) Seorang yang berlari beratus-ratus batu, ada yang cedera parah.
Di dalam Islam seorang wira itu ialah kerana kuat melawan nafsu, dia menjadi seorang yang berakhlak tinggi tapi orang tidak peduli.
*M243*
Di akhir zaman, orang membangunkan dunia menjual nama agama untuk mengesahkan dan melicinkan kerja-kerjanya, agar dia mendapat dukungan dan sokongan daripada orang ramai.
*M244*
Di akhir zaman para-para ulama, mereka tidak mempunyai orang
tapi mereka telah dipunyai orang.
Terpaksalah banyak bertolak ansur di segi fatwa dan tindakan.
*M245*
Di akhir zaman kebanyakan alim ulama tidak mempunyai pengikut,
justeru mereka telah menjadi pengikut dan pak turut.
No comments:
Post a Comment