Renunglah Selalu Hati Kita


Renunglah selalu hati kita.
Kerana ia merupakan sumber kebaikan dan kejahatan.
Wadah kekufuran dan keimanan.
Rebutan di antara malaikat dan syaitan.
Hati perasaannya halus.
Sentuhannya tiada terasa.
Tapi sangat memberi kesan di dalam kehidupan kita.
Siapa yang arif perjalanan hatinya.
Faham kebaikan dan kejahatannya.
Bersungguh-sungguh bermujahadah membuang kejahatannya.
Diganti segera dengan kebaikan, 
orang itu akan selamat dari tip daya syaitan dan dunia.
Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya, sekalipun ulama.
Terima sahaja yang baik dan yang buruknya.
Kemudian merasakan baik semuanya.
Tiada terasa lagi membuat dosa.
Di sinilah perlu pimpinan guru yang mengenal hati manusia. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah