SINDIR DAN PERLI ORANG BISNES


Kita orang bisnes, jangan menyindir ataupun memerli sesiapa dalam posting kita.

Kita tidak boleh menyindir ataupun memerli orang politik, ulamak, pegawai kerajaan, ahli sukan, artis, business partners, businessman lain, pelabur, pembekal, pembeli, pelanggan, pekerja sendiri.... sesiapa sahaja.

Orang bisnes sangat menjaga social beauty mereka.

Perbuatan menyindir dan memerli orang dalam posting kita merosakkan personal branding kita sendiri.
.

Apabila kita mahu menjalankan marketing dengan menggunakan media sosial, kita perlu memisahkan akaun bisnes daripada akaun peribadi.

Akaun bisnes digunakan untuk tujuan bisnes sahaja.

Apabila mahu memberitahu berita-berita peribadi kepada ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan, gunakan grup-grup wassap. Cara itu lebih efektif.

Kita juga tidak boleh berfikir macam orang biasa apabila mengepost foto-foto dan menulis posting. Kita mesti berfikir sebagai orang bisnes.

Sebagai contoh, orang bisnes berkawan dengan semua orang dalam akaun media sosial mereka. Mereka rahsiakan dengan siapa mereka tak sehaluan.

Selaras dengan prinsip itu orang bisnes tidak memerli dan menyindir sesiapa dalam posting mereka.

Dalam alam realiti kita mungkin tidak berkawan dengan beberapa pihak, namun dalam media sosial kita langsung tidak mendedahkan perkara itu.

#PuanAinonMohd

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah