Rezeki ibarat rama-rama.


Mengejarnya membuatkan ia lari dan kita pula menjadi lelah. 

Malah jika berjaya menangkapnya, belum tentu ia menjadi seperti apa yang diharapkan.

Rama-rama mungkin akan rosak kepaknya, patah kakinya dan tidak boleh terbang lagi akibat kita yang terlalu seronok mengejar.

Apa kata kita buat sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang indah dan berwarna warni?

Bukankah rama-rama akan datang kepada kita tanpa perlu dikejar?

Lalu bunga pun kita dapat, rama-rama pun dapat!

Begitulah dengan rezeki. 

Kita mungkin berjaya 'menangkapnya' bila mengejar..

Namun satu hari nanti kita pasti akan terasa letih.

Malah kita akan sedar bahawa ia bukanlah kebahagiaan sebenar yang kita inginkan.

Selagi kita mengejar rezeki, selagi itulah rezeki akan menjauhi kita.

Nabi saw pernah bersabda,

“Barangsiapa yg menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah swt mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya & Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kawan-kawan,

Ada orang bekerja siang malam untuk mencapai impian. Sampai sanggup tinggalkan zikir, selawat dan solat awal waktu yang disukai Tuhan.

Namun bila dia sudah mencapai impian, baru dia sedar itu bukanlah sesuatu yang paling diidamkan.

Tiada ketenangan dan kebahagiaan kerana semua itu dicapai tanpa redha Tuhan.

#SebarkanKebaikan

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah