Faktor Kemenangan Perjuangan Kebenaran


 
Kemenangan di dalam perjuangan kebenaran banyak faktor yang menentukan
Strateginya yang tepat, pengikut yang taat
Pemimpin yang berwibawa, bijaksana pula
Kegigihan di dalam perjuangan menentukan juga
Sabar dan berkorban salah satu syarat-syaratnya
Pandai membaca langkah-langkah musuhnya
Tidak boleh diabaikan juga
Berjuang terus-menerus tanpa henti-hentinya
Tapi faktor yang menjadi asas adalah taqwa
Setiap para pejuang bersungguh-sungguh meninggalkan dosa
Di waktu malam-malam menjadi rahib-rahib, di waktu siang menjadi singa-singa pejuang
Tapi penentu yang paling kuat ialah faktor janji dari Tuhan
Segala-galanya Allah akan siap dan lengkapkan
Allah Taala akan memimpin para-para pejuang melengkapkan seluruh syarat-syaratnya
Allah mempermudahkan mencukupkan syarat-syaratnya 
Terutama selepas disaring melalui ujian besar
Selepas itu bantuan dan pertolongan-Nya mencurah-curah dari langit dan bumi
Tanpa diduga-duga datangnya

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah