Manusia Yang Tidak Kenal Tuhan



Manusia yang tidak dididik secara Tuhan
Kenalkan Tuhan, cintakan Tuhan, takutkan Tuhan
Ertinya rohnya terbiar, nafsunya terbiar, akal fikirannya terbiar bersendirian
Sungguh malang, kemanusiaannya gersang
Nafsunya akan melulu, kehendaknya terlalu, 
Halal haram dia tidak peduli
Yang penting kehendaknya lulus, kemahuannya tembus
Rohnya juga terbiar, 
Akibatnya perasaannya diikutkan sahaja
Kalau dia benci sampai mati, kalau dia rasa marah, sampai ke sudah
Berdendam tidak sudah-sudah, sakit hatinya membawa mati
Berfikir untuk  tuntunan  nafsu jahatnya, bagaimana hendak menjayakannya
Berfikir hendak melepaskan dendamnya, bagaimana hendak melakukannya
Berfikir bagaimana hendak meluah rasa marahnya
Bagaimana hendak menjayakannya hingga puas hati
Apa hendak jadi itu lain kira
Yang penting berjaya, puas hati, masuk penjara pun tidak mengapa
Sungguh dahsyat manusia yang tidak dididik secara Tuhan
Nafsunya rakus, gelojoh, hatinya hitam oleh mazmumah, 
Hatinya pun keras, akal fikiran tunduk kepada nafsu jahat
Kalau manusia semacam ini ramai di dunia, 
Dunia sudah jadi neraka sebelum Neraka


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah