Aku Adalah Hamba-Mu Yang Lemah


Engkau kan tahu bahawa aku ini hamba-Mu, lemah
Hamba memanglah Engkau pun tahu,
Lemah, kurang, hina, cuai, pelupa, malas dan culas
Tuhan! Kuatkanlah aku dengan iman, muliakanlah aku dengan taqwa
Engkau kan berkuasa, boleh buat apa sahaja
Siap siagakanlah aku setiap masa, 
Berkhidmat kepada-Mu dan khidmat sesama manusia
Memanglah aku hamba-Mu, cuai, pelupa, 
Memanglah sifat hamba begitu
Yang aku mahu, ingatkanlah aku selalu
Jika lupa lagi, lalai lagi, ingatkanlah lagi aku ini
Begitulah harapanku pada-Mu selalu, wahai Tuhanku
Agar  aku membuat dosa, aku bertaubat, buat lagi, bertaubat lagi
Engkau pun ampunkan dosa-dosaku
Maka jadilah aku macam tidak berdosa
Jika permintaanku itu Engkau tunaikan,
Kelemahanku itu tidak mencacatkan aku
Engkau pun boleh menerima aku sebagai hamba-Mu jika datang kepada-Mu,
Engkau alu-alukan dengan redha-Mu
Selamatlah aku di waktu itu
Jika Engkau lakukan sebaliknya kecundanglah aku,
Celakalah aku di Akhirat kelak

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah