Alangkah Susahnya Menjaga Perjalanan Hati

Sungguh susah menjaga perjalanan hati atau roh
Susah dikesan, apatah lagi amat susah dikontrol atau dikendalikan
Kecuali ashabul qulub atau ulil albab
Adakalanya di waktu kita menceritakan penyakit hati kepada pendengar,di waktu itulah suburnya penyakit itu
Sebagai contoh di ketika seseorang menceritakan tentang ikhlas, 
Di waktu itulah tidak ikhlas kerana hatinya berkata di waktu itu agar orang anggap dia ikhlas
Ketika dia menceritakan jangan riyak, jangan ujub, ia adalah dosa batin
Di waktu itulah riyak dan ujub
Seterusnya selalu kita berkata, jangan cintakan dunia,
Di waktu bercakap itulah dia cinta dunia,
Kerana dia mengharapkan pujian di waktu itu
Memang ramai orang amat sulit sekali mengesan penyakit hati
Kadang-kadang para ulamak, abid-abid ramai yang diserang penyakit batin ini
Ulamak tertipu oleh kerana dilindungi oleh ilmunya
Ahli-ahli ibadah ditutup oleh banyak ibadah hingga penyakit batin tidak terasa lagi
Aduh sungguh susah sekali hendak mengesan penyakit hati atau penyakit batin ini
Tidak ada orang yang tidak diserangnya, sekalipun para pejuang
Kecuali siapa yang Tuhan selamatkan, maka selamatlah dia
Tuhan, kami berlindung dengan Engkau daripada penyakit-penyakit rohaniah
Fahamkanlah kami perjalanan hati atau roh itu
Lihatkanlah kepada kami baik buruknya
Diajarkan kami bagaimana menyuburkan yang baiknya
Dan ajarkan kami bagaimana membuang yang buruknya
Tolonglah kami Tuhan,
Kerana hati itulah yang menjadi pandangan Engkau atau penilaian Engkau
Jadikanlah kami ashabul qulub atau ulil albab
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah