Akibat Tidak Merujuk Kepada Tuhan


Sekadar yakin wujudnya Tuhan ramai yang percaya
Kecuali orang komunis yang memaksa-maksa hati mengatakan Tuhan tidak ada
Walaupun ramai yang yakin wujudnya Tuhan, yang merujuk seluruh kehidupannya kepada Tuhan jarang ada
Sekalipun dia orang Islam, bahkan ahli ibadah pun demikian halnya
Adakalanya seseorang itu banyak ibadahnya, tapi tauhidnya atau aqidahnya lemah
Dia beribadah urusan hidupnya tidak diserahkan kepada Tuhan
Dia bekerja dan berusaha tawakkalnya tidak ada
Jika dia berjaya, maju, kaya dan cemerlang,
Dia rasa kerana kemampuan dan kepandaiannya
Dia tidak merujukkan kejayaannya kepada Tuhan
Dia telah menuhankan dirinya tanpa disedarinya
Kalau dia gagal di dalam kehidupannya dia salahkan Tuhan
Jika tidak bercakap pun hati kecilnya berkata, mengapa Tuhan itu tidak menolongnya
Bukankah jahatnya manusia ini, jika berjaya dari dirinya, kalau gagal dari Tuhannya
Orang ini kalau beribadah banyak sekalipun tidak ada nilainya
Ahli ibadah yang rosak aqidahnya
Memang ramai yang percaya adanya Tuhan tapi tidak yakin peranan Tuhan
Seolah-olah Tuhan tidak ada peranan atau setidak-tidaknya di dalam setengah hal dianggap Tiuhan tidak ada peranan
Orang yang aqidah semacam ini kalau berjaya dia sombong, megah dan menghina orang
Kalau dia gagal dia kecil hati, derita, bahkan ada yang sampai putus asa
Dia telah tenggelam di dalam dosa besar tanpa disedari
  

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah