Ekonomi dalam Islam

#Ulangkaji

Ekonomi dalam Islam ada 3 jenis.

1. Ekonomi Fardhu Kifayah.

Ini mesti buat. Kalau tak buat berdosa dan salah disisi Allah Taala. Contoh, teh boba. Kalau tiada orang Islam yang buat,  dosalah. Memang minum teh boba tak wajib. Tapi dah ramai orang Islam yang minum maka kena ada orang Islam yang buat. Kalau dah buat tapi tiada yang nak beli,  tak jatuh dosalah. Tapi kena cek balik kenapa orang tak beli. Kalau tak sedap, buatlah sampai sedap. Upahlah instafemes promosikan. Ini contoh. Kaitkan dengan keperluan lain.

2. Ekonomi komersial.

Ini kena wujudkan. Sebab ia kekuatan tambahan utama bagi umat Islam. Ini berkaitan dengan permintaan masyarakat. Benda yang sangat boleh menguntungkan. Rugi jika tidak buat. Jika perlukan ilmu, maka wajiblah umat Islam mendalami ilmu supaya tidak terhina dan diguna-guna.

3. Ekonomi strategi.

Ini bergantung pada situasi dan keadaan. Adakalanya ia tidak memberi pulangan wang tapi ia memberikan nilai maruah dan moral. Boleh jadi ia bukan keperluan tapi ia mesti ada, kerana adanya ia kita dihormati dan disegani. Orang dakwah, bisnes strategi mesti ada. Kita akan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Ketiga-tiga jenis ekonomi Islam tadi mestilah dibina dengan Iman. Jika tidak kita sekali lagi ketinggalan. Sudahlah sedia ada pun terkebelakang, tanpa Iman lagi jauh ditinggalkan.

“Kenapa asyik cerita Iman?! Nak berniaga je pun. Nak berekonomi je pun.”

KERANA TANPA IMAN LAH WALAUPUN ADA SEJUTA ORANG KAYA ISLAM,  UMAT TETAP DITINDAS!  Umat kaya tapi hidup sendiri-sendiri. Bila susah baru sedar diri.
Yang miskin tanpa Iman dua kali hina, dunia melepas Akhirat merana.

Jangan jemu dengan Iman. Jangan malu sebut Iman. Ia adalah keselamatan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah