Rahmat Allah Kepada Mukmin Yang Bertaqwa

Rahmat Allah akan turun kepada mukmin yang bertaqwa
Yang hatinya sensitif dengan Tuhannya
Apabila diberi amaran kecut hatinya
Apabila ada berita gembira dari Tuhan lembut hatinya
Kasih sayang Tuhan akan dianugerahkan kepada hamba-hamba-Nya yang insaf
Bila berdosa derita jiwanya, mengalir air matanya
Kesalnya tidak berkesudahan, kenangannya sepanjang masa
Dia selalu bertaubat, dia tebus dengan kebaikan
Allah Taala akan redha dengan orang yang redha dengan ketentuan-Nya
Yang sentiasa sabar dengan ujian yang ditimpa kepadanya
Setiap kali ujian yang datang, dia teringat dosa-dosanya
Setiap nikmat yang diberi, syukurnya tidak terhingga
Tuhan amat suka orang yang berdosa bertaubat dengan dosanya
Bahkan orang mukmin sentiasa sahaja rasa berdosa
Rasa bersalah, rasa cuai menghantui fikirannya
Dunia yang mempesona tidak dapat menipunya
Tuhan merindui orang yang merindui-Nya
Tuhan membenci orang yang melupakan-Nya
Cintailah Tuhan yang memberi kita segala-galanya
Kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan yang menjaga kita


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah