Orang Yang Paling Dicintai Tuhan



Orang yang paling Engkau cintai Tuhan
Ialah para rasul 'alaihimussolatuwassalam
Selepas itu para-para nabi dan para-para wali
Namun demikian merekalah orang yang paling banyak mendapat ujian
Ujian demi ujian yang Engkau timpakan
Begitulah layanan yang Engkau berikan terhadap orang yang Engkau cintai
Aku faham rahsianya!
Agar mereka dapat menebalkan rasa kehambaan
Juga supaya Engkau Tuhan sentiasa di dalam ingatan
Hingga mereka merasakan Engkau adalah pelindung mereka setiap masa
Hingga Engkau dirindui dan dikasihi
Diingati, disembah dan dipuja
Inilah kebahagiaan mereka
Dan inilah yang Engkau mahu kepada mereka
Inilah yang Engkau suka
Agar mereka Engkau redha
Maka berlakulah redha-meredhai di antara Engkau dengan mereka
Inilah rahsianya mengapa mereka diuji dan diuji
Rupanya di sebalik ujian yang berat ini ada rahsianya yang agung dan mulia
Ini tidak dapat difahami oleh manusia yang cinta dunia

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah