"Saudara saudari pembaca,
Umat memerlukan ulama’ul ‘amilin, awliya yang muqorrobin dan masyaikh yang kamil demi memimpin tangan kita semua menuju kebahagiaan dunia dan keselamatan Akhirat.
Saya mohon pada semua, janganlah membenarkan siapa saja yang mahu memutuskan hubunganmu dengan Saiyidina wa Maulana Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang datang dengan berbagai cara di zaman ini seperti memutuskan hubungan kita dengan junjungan para awliya yang besar, para masyaikh yang kamil -semoga ALLAH meredhoi mereka sekalian-.
Bagimanakan mereka mengingkari Tasawuf sedang mereka tidak tahu apa itu tasawuf dan tidak merasainya sama sekali.
Bagimanakan mereka mengingkari Tasawuf sedang mereka tidak menuntut Tasawuf dari ahlinya bahkan mendengar tentangnya dari orang-orang sakit.
Bagimanakan mereka mengingkari Ilmu Tasawuf sedang mereka tidak kenal huruf-huruf Tasawuf, tidak kenal usulnya, tidak kenal cabangnya, tidak kenal kod-kodnya, tidak kenal perasaannya
tidak kenal zauqnya, tidak kenal akhlaknya, tidak kenal adabnya, tidak kenal seninya, tidak kenal maksudnya, tidak kenal tujuannya, tidak kenal mujahadahnya,
tidak kenal pengorbanannya,
tidak kenal nasihatnya, tidak kenal hikmahnya, tidak kenal buahnya.
Saya mohon saudara-saudari fahami perkara ini masak-masak.
Pihak musuh tahu bahawa perbendaharaan kita, rahsia kekuatan dan kebangkitan kita ialah apabila kita bersambung nasab, berhubung dan terhubung dengan junjungan kita Saiyidina wa Maulana Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Kerana itu mereka melakukan segala yang mungkin demi memutuskan hubungan ini supaya kita tidak punya lagi pemimpin, tidak punya lagi Imam yang sifatnya basyir dan nadzir, kita tidak punya lagi madad (bantuan rohani) dan hubungan sama sekali.
Natijah paling segera, jalan termudah dan kesan paling kuatnya ialah apabila mereka memutuskan hubungan kita dengan ahlis sanad yang merupakan golongan sufi yang muhaqqiqin para masyaikh yang kamil sempurna lagi menyempurnakan.
Caranya; melempar berbagai warna tuduhan, memalsukan perkataan itu dan ini yang menyalahi zahir syarak keatas golongan sufi supaya masyarakat lari dari ahli makarimul akhlak dan para ulama robbani kalangan ahli sufi yang muhaqqiqin.
Demikian juga merekrut golongan pengkhianat dan mata-mata gelap ke dalam golongan sufi yang benar, menzahirkan para syeikh pendusta yang mendakwa dakwi dan para tok guru upahan lagi dajal. Kerana sebelum kemunculan Dajjal Al-Akbar menjadi kemestian bahawa dia didahului oleh kumpulan dajal-dajal kecil yang membuka jalan untuknya dengan cara menzahirkan kebatilan dalam rupa kebenaran. Sememangnya kalimat dajal itu bererti merupakan kebatilan dalam gambaran kebenaran.
Lalu pihak musuh pun memberi propaganda besar-besaran kepada pihak mereka; publisiti meluas di tiap peringkat dan media massa, dan semua pun memberi dokongan kepada pihak mereka kerana pihak inilah contoh ikutan dan yang lain semua ahli neraka… bahawa lagi pihak inilah yang membawa aqidah murni dan tulen serta tauhid yang soheh".
Petikan dari artikel Syeikh Dr Mahmoud MrGlani diFB bertarikh 19 May 2012.
No comments:
Post a Comment