SPM dunia dan SPM akhirat

.
========================

"Puan , dah pernah ambil SPM?"

Tanya ustaz  ketika di dalam kelas Taddabur  bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya. 

"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"

Jawab saya yakin.

"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali lagi tak?"

Tanya ustaz lagi.

"Taknaklah ustaz"

Jawab saya ringkas. Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni. 

Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.

"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki SPM kedua. Bezanya, ujiannya sepanjang kehidupan namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.

Itulah dia, Sijil Padang Mahsyar (SPM). Bila tarikhnya tidak diketahui. Buku rujukannya adalah Al Quran. Ujiannya sepanjang kita berada didunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal. 

Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.

Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap. 

"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.

Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu kemana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan syurga dan neraka yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.

Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia. Hantar anak tuisyen, panggil lagi guru datang kerumah, tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul. 

Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk  mendapatkan keputusan yang baik didalam SPM akhirat kelak?

Maksud Al Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna, sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi disana nanti"

Allahuakbar,  kata-kata ustaz bagai satu pukulan ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam! Saya adalah guru. Yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!

Ustaz kemudiannya bertanya kami semua, 

"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM? Masing-masing beratur dengan berdebar. Ahli keluarga ibu bap

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah