Bertaubat mengembalikan kebersihan maknawi dan rohani jasad daripada najis maknawi dan rohani yg tidak dapat dilihat
Najis yang tidak nampak dipandang oleh mata lahir tapi bahaya
Kembali bersih Tuhan kasih
Kalau kotor lagi, bersihkan lagi dengan bertaubat
Ketentuan Tuhan kepada kita kenalah redha
Redha ertinya boleh menerima dengan senang hati, tidak sedikit pun sakit hati
Di situlah keredhaan Tuhan
Redha Tuhan sangat mahalnya
Bukan senang hendak mendapatkan keredhaan Tuhan di dalam kehidupan
Sabar ertinya tahan menderita menerima ujian daripada Tuhan daripada sebarang yang kita tidak suka
Sekalipun terasa sakit dan peritnya perasaan, namun tidak sampai keluh-kesah dan hilang pertimbangan
Kita tetap tenang di samping mengingatkan dosa-dosa, mengapa Tuhan menghukum kita dengan kesusahan
Sabar juga adalah kasih sayang Tuhan pada hamba-hamba-Nya
Pahalanya juga besar kerana diberi ganjaran tanpa hisab
Mengorbankan hak kita kerana Tuhan di situlah pahala dan keredhaan-Nya
Biasanya hak selalu sahaja manusia pertahankan
Mempertahankan hak selalu sahaja menjadi masalah kepada manusia di dalam kehidupan
Kerana hak selalu sahaja berlaku perselisihan dan pergaduhan
Ada orang korbankan hak
Di situlah keredhaan Tuhan sedangkan orang lain pertahankan
Seperti hak masa, hak harta, hak tenaga, hak giliran, hak perasaan
Seberapa banyak hak seseorang yang sanggup dikorbankan,
Itu adalah manusia luarbiasa, wira di dalam pandangan Tuhan, bukan manusia
Korbankan hak adalah sifat bertolak ansur
Korbankan hak ada unsur-unsur berlapang dada dan jiwa terbuka
Korbankan hak memberi manusia atau orang lain gembira
Korbankan hak ramai orang yang senang dan suka
Orang yang sanggup korbankan hak, orang yang tidak ada kepentingan peribadi di dunia
Korbankan hak boleh melahirkan kasih sayang sesama manusia
Alangkah besar pahala orang yang sanggup mengorbankan hak-haknya
Mujahadah adalah sifat yang Tuhan suka
Mujahadah itu terseksa kerana Tuhannya
Terseksa kerana memaksa diri dan perasaan membuat yang dia tidak suka kerana Tuhan mencintainya
Terseksa kerana memaksa diri dan perasaannya meninggalkan apa yang dia suka kerana keredhaan Tuhannya
Bermujahadah Tuhan akan tunjukkan jalan-jalan kebaikan kepada hamba-hamba-Nya
Bermujahadah dianggap orang yang membuat baik,
Tuhan suka orang yang membuat baik
Bermujahadah ertinya sanggup melawan hawa nafsu
Sedangkan orang lain tidak mampu melakukan
Bermujahadah adalah satu gelanggang perjuangan yang lebih besar
Sekalipun ruang lingkupnya sempit daripada berjuang melawan musuh lahirnya
Bermujahadah melawan nafsu ramai orang yang gagal sekalipun para pemimpin dan ulama
Kerana itulah orang yang kuat bermujahadah adalah wira Tuhan, bukan wira bangsa
Tapi tidak glamor, tidak ada nama kerana manusia tidak tahu, hanya Tuhannya
Siapa yang hendak menjadi wira Tuhan, bersungguh-sungguhlah melawan hawa nafsunya
Dia adalah wira Akhirat, bukan wira dunia
Segala yang telah disebutkan tadi ia adalah sebahagian sifat taqwa
Sifat taqwa adalah harta benda, kekayaan, aset yang bersifat maknawi dan rohani untuk bekalan di Akhirat sana
Sekianlah adanya
No comments:
Post a Comment