SIRI ANBIYA= NABI KHALID



Nabi Khalid a.s merupakan seorg Nabi bangsa Arab dari keturunan Banu 'Absi. Nama penuh beliau ialah Khalid bin Sinan bin Ghayth bin Muraytha bin Makhzum bin Malik bin Ghalib bin Qutaya bin 'Abs bin Bughaydh bin Raith bin Ghatafan bin Sa'd bin Qais 'Aylan bin Mudar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Nabi Khalid a.s dilantik menjadi Nabi pada zaman dua Rasul atau disebut Zaman Fitrah...Beliau muncul dalam tamadun dunia 300 tahun selepas Nabi Isa a.s diangkat ke langit.

Al-Hakim meriwayatkan :"Dia (Khalid bin Sinan) adalah seorg Nabi yang disia-siakan oleh kaumnya".

As-Sakhaui mengatakan bhw Nabi Khalid bin Sinan al Absi wafat pada tahun 435 Masihi sementara Sheikh Ali al-Bouanani al-Matmati mengatakan bhw beliau wafat 5 tahun sebelum Tahun Gajah.

Beliau meninggalkan beberapa orang anak diantaranya bernama Abdullah dan seorg anak gadis bernama Mahyat yg pernah berjumpa dgn Nabi Muhammad SAW.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah