Tuhan! Rasakanlah selalu di dalam hatiku kehebatan-Mu dan kebesaran-Mu
Rasakanlah selalu di dalam hatiku Engkau menguasaiku selalu
Ingatkanlah aku Engkau melihat, mendengar dan mengetahui
Agar aku malu, takut dan merendah diri dengan-Mu
Jadikanlah aku setiap yang dilihat, dimakan terasa kuasa, kebesaran dan nikmat-Mu
Kehebatan-Mu yang kurasa terasa kehinaan dan kelemahanku
Menjadikan aku perlu kepada-Mu, cinta dan takut pada-Mu
Kerana aku rasakan rahmat-Mu sentiasa Engkau anugerahkan kepadaku
Agar itu semuanya aku tidak terasa ada milik apa-apa
Apa yang ada adalah dari rahmat dan nikmat-Mu
Agar aku malu kepada-Mu, dan bersyukur selalu
Dan mengharapkan rahmat dan nikmat itu dikekalkan kepadaku
Tuhan! Kalau Engkau kekalkan rasa-rasa itu
Aku takut menyalahgunakan nikmat-nikmat itu
Aku tidak megah dan sombong apa yang ada padaku
Agar aku sedar segalanya itu adalah pemberian-Mu
Tuhan! Boleh mengenang rahmat dan nikmat itu dari-Mu, ia adalah satu rahmat
Tidak menyalah gunakan nikmat itu juga adalah satu rahmat
Boleh bersyukur kerana nikmat patut bersyukur di atas syukur
Bersyukur kerana syukur ia adalah rahmat di atas rahmat-Mu
No comments:
Post a Comment