---------------------------------------------
#1 - HARAP PELANGGAN DATANG SENDIRI KE KEDAI
Jangan harap jika anda buka kedai dengan harapan pelanggan akan datang sendiri.
Atau anda buat website tahap ayat power rangers dengan harapan pelanggan masuk membeli sendiri.
Untuk dapat jualan, anda kena lakukan pemasaran untuk tarik pelanggan datang ke kedai kita.
Kedai itu boleh jadi web jualan, kiosk, outlet, FB page atau sama waktu dengannya.
Turun padang jumpa pelanggan. Platform online guna cara online, offline guna cara offline.
Dengan turun padang :
Kita akan kenal pelanggan lebih mendalam.
Kita sebenarnya sedang berkhidmat kepada mereka. Sedang bina nama baik.
Kita tahu sejauh mana produk kita mampu bantu pelanggan selesaikan masalah.
#2 - BUAT SEMUA KERJA SENDIRI
Jangan harap untuk buat semua kerja sendiri dengan harapan dapat jimat banyak kos.
Berhenti dari jadi CEO. Ya, CEO. Chief Everything Officer.
Berhenti lakukan perkara kita tidak mahir. Belajar untuk delegate.
Mulakan dengan outsource dahulu. Kemudian baru hire staff.
Mungkin kita boleh jimat banyak kos apabila semua kerja buat sendiri.
Tapi berapa lama anda mahu terperangkap menjadi 'kuli' untuk bisnes sendiri?
Terperangkap bertahun-tahun dalam bisnes yang terkial-kial mahu survive.
Lihat di luar sana, berapa banyak restoran Melayu yang tidak berkembang bertahun-tahun lamanya, akibat owner restoran sibuk memasak di dapur?
#EmelDarimajalahNiaga
No comments:
Post a Comment