Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat
Sumber bantuan, sumber rezeki, sumber kemenangan
Kalau ingin musuh dikalahkan, baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan
Taqwa lebih tajam dari pedang
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden
Di dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utama
Walaupun senjata disuruh mengadakannya
Membaiki diri lebih utama melakukannya
Di dalam berhadapan dengan musuh, ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam
Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai yang melupakannya
Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan, ternafilah ketaqwaannya
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik dan canggih dari umat Islam
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan
Kedua-dua senjata tidak dimiliki sama ada senjata rohani mahupun senjata lahir
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin
Lebih-lebih lagi di masa berjuang
Ia bukan menjadi senjata umat Islam
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwanya
Oleh itu usahakan ketaqwaan terutama di dalam perjuangan
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam
Awasilah di dalam perjuangan membuat dosa dan kesilapan
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang
No comments:
Post a Comment