Taqwa Sumber Segalanya


Walaupun harta atau wang ringgit boleh membantu orang yang bertaqwa
Tapi lumrah berlaku, ia mengorbankan sifat taqwa
Harta biasanya menipu manusia
Sebelum bertaqwa, ia adalah menjadi penghalang untuk bertaqwa
Setelah bertaqwa, ia boleh korbankan ketaqwaan itu
Tapi sifat taqwa boleh mendatangkan bantuan  dan pertolongan
Termasuk juga sifat taqwa boleh memperolehi harta dan rezeki yang tidak diduga
Bahkan sebenarnya taqwa adalah sumber segala-galanya
Sumber rezeki, sumber harta, sumber bantuan, sumber keselamatan, sumber kemenangan, sumber ketenangan
Sifat taqwa adalah kejayaan dunia dan Akhirat
Kemuliaan manusia itu adalah pada sifat taqwanya
Milikilah sifat taqwa, kita akan memiliki segala-galanya
Kalau kita memiliki segala-galanya, belum mesti kita mendapat taqwa
Bahkan boleh mengorbankan sifat taqwa kita
Sifat taqwa adalah selamat-menyelamatkan
Hari ini manusia ketandusan sifat taqwa
Walaupun sudah memiliki segala-galanya, namun kebahagiaan tiada
Sekalipun sudah punya berbagai-bagai perkara, namun ketenangan tidak ada
Di dalam berkemajuan, berlaku huru-hara
Di dalam membangun, terjadi perpecahan dan perbalahan
Setelah ada kemudahan, ada pula bersamanya kebimbangan dan ketakutan
Manusia mewah, tapi berlaku pembunuhan
Makan minum senang, kasih sayang tidak ada
Manusia bergaul, hubungan hati tidak wujud
Fizikal dekat, tapi hati jauh
Betapalah fizikal jauh, hati lebih-lebih lagi jauh
Kerana kunci segala-galanya tidak ada dimiliki oleh manusia
Iaitu sifat taqwa sudah hilang dari manusia


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah