Mari Kempen Tuhan


Wahai manusia
Marilah kita kempen mengenalkan Allah Taala Sebagai Tuhan!
Supaya Tuhan itu dikenal dan disembah orang
Agar kita semuanya takut dan mencintai-Nya
Marilah kita jadikan Dia satu-satunya pemimpin 
Tak payah ditandingkan dengan sesiapa
Dia adalah Esa, Maha Kuasa, Maha Mengetahui,Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Hebat tidak siapapun serupa Dia
Marilah kita promosi Tuhan!
Ke seluruh dunia, mari kita kenalkan Tuhan
Dia adalah Maha Suci dari sebarang penyerupaan, Maha agung, Maha Perkasa
Marilah kita kenalkan Tuhan agar kita semua jatuh hati kepada-Nya
Ketahuilah diantara sifat-Nya yang istimewa 
Dia Maha Pengasih dan Maha penyayang kepada hamba-hamba-Nya
Marilah kita sembah, puji, besarkan Dia sepanjang masa
Marilah kita jadikan Tuhan adalah segala-segalanya sepanjang hayat kita
Kita jadikan Dia tempat meminta, jadikan Dia Pelindung, Pendidik dan Penyelamat kita
Marilah, marilah kita jadikan Dia tempat rujuk, tempat menyelesaikan segala masalah manusia
Marilah kita ajak manusia dan marilah jadikan Tuhan Pemimpin kita semua tidak kira apa bangsa
Marilah kita beritahu manusia bahawa ujian adalah didikan dan pengajaran buat kita semuanya
Juga rahmat dan nikmat adalah ujian , 
Apakah kita bersyukur atau kufur dengan nikmat-Nya
Mari, marilah kita kenalkan Tuhan, 
Bahawa Dia adalah Pencipta segala-galanya, 
Pentadbirnya, Berkuasa ke atasnya
Selain Allah Taala tidak ada yang berkuasa, malah dikuasa
Tidak bersekutu di dalam kuasa, di dalam membuat, di dalam mentadbir dan menjaga
Marilah kita beritahu manusia semuanya
Bahawa Tuhan tidak perlu kepada makhluk, tapi makhluk memerlukan
Tuhan tidak mengambil manfaat di atas ciptaan-Nya
Faedahnya kembali kepada makhluk
Marilah kita ajak manusia , 
Jadikan Dia kawan setia di mana sahaja
Kawan di waktu berpening dan kawan di hari musafir, di hari berehat dan di masa kerja
Marilah kita puji Dia, cintai Dia dan ingat selalu kepada-Nya
Wahai manusia, marilah kita promosikan Tuhan besar-besaran, terus-menerus hingga Dia dikenal orang di seluruh dunia
Ketahuilah bahawa Tuhan adalah sumber keselamatan dan kesejahteraan
Marilah kita lari kepada-Nya, jangan lari daripada-nya
Marilah kita mencintai, marilah kita takut kepada-Nya 
Nanti kita akan berkasih sayang sesama manusia
Mari, mari jangan kengah-lengah lagi kembali kepada Tuhan
Sudah lama kita manusia lari dari-Nya
Kita manusia huru-hara, menderita, sengsara kerana sikap manusia lari dari Tuhannya
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah