SIRI PARA ANBIYA: NABI SAFI

   

Nabi Safi adalah salah seorg Nabi Allah yg dilantik oleh Allah Taala pada suatu kaum penyembah berhala di suatu kawasan di Selatan Lubnan. Sejak dari kecil, beliau banyak berfikir tentang penciptaan alam. 

Kehidupan hariannya dipenuhi dengan menggembala biri2 di lereng2 bukit hinggalah pada  suatu masa ketika beliau berusia 40 thn, beliau telah di datangi Malaikat Jibril menyampaikan risalah dan jubah kenabian. Beliau telah ditugaskan untuk menyampaikan risalah tauhid pada suatu kaum yg tinggal di Selatan Lubnan. 

Dengan jiwa yg tenang beliau meninggalkan kampung halamannya menuju ke tempat yg dituju. Apabila beliau sampai di kota tersebut, beliau melihat banyak sekali kemungkaran yg berlaku di dalam kota tersebut. Dengan hati yg tenang, beliau menyampaikan risalah tauhid kepada mereka. 

Kehadiran beliau membuatkan kaumnya merasa hairan lalu menghalau beliau keluar dr kota tetapi beliau tetap cekal menghadapinya. Hari demi hari beliau menyampaikan dakwah agar mereka beriman kepada Allah Taala. Beliau juga memberi peringatan tentang azab Allah Taala yg amat pedih kepada mereka yg kufur. 

Sepanjang berdakwah, hanya sebilangan kecil sahaja dr golongan bawahan yg beriman dgn risalahnya. Tetapi itu tidak membuatkan hatinya putus asa dlm berdakwah.. oleh kerana beliau berusaha membawa mereka ke jalan kebenaran, pemuka2 kaum yg kafir telah membuat pakatan utk membunun Nabi Safi. 

Pada waktu yg dijanjikan, mereka pun melancarkan serangan membunuh terhadap Nabi Safi tetapi Nabi Safi dpt melarikan diri bersama org2 beriman. Oleh yg demikian, Nabi Safi pun memohon kpd Allah Taala agar menurunkan azab ke atas mereka. 

Doa beliau diperkenankan lalu Allah Taala mematikan mereka semuanya. Pada keesokan harinya, Nabi Safi dan org2 kembali ke kota tersebut dan mendapati mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Nabi Safi menghabiskan sisa2 hidupnya di kota tersebut sehingga beliau wafat. Jenazah beliau telah dikebumikan oleh pengikutnya di suatu daerah di Selatan Lubnan juga.

#MAMR

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah