Tuhan Mendidik Bermacam-Macam Jalan


Tuhan mendidik manusia bermacam-macam jalan
Nasihat, memberi tahu, khabar gembira, khabar menakutkan
Pengajaran, suri teladan yang didatangkan
Ujian-ujian yang menyusahkan,
Ujian nikmat yang menyenangkan
Allahu Akbar...3x
Kalau semua saluran pengajaran itu tidak memberi kesan,
Tunggulah menerima hukuman di dunia atau di Akhirat, atau kedua-duanya sekali
Tuhan tidak akan membiarkan hamba itu tanpa hukuman
Tolonglah mengambil ingatan dan pengajaran
Kalau semua pintu-pintu pengajaran tertutup
Kita tidak mengambil perhatian dan pengajaran
Ke mana kita mahu lari, semua bumi, bumi Tuhan
Ke mana mahu pergi, nyawa kita di tangan Tuhan
Lari dari Tuhan tidak akan selamat
Lari kepada Tuhan akan menyelamatkan kita
Jangan lari dari Tuhan, larilah kepada-Nya
Kalau kita mahu selamat dari hukuman-Nya
Selagi nyawa ada di badan, masih ada peluang mengubah sikap
Sebelum terlambat, segeralah ubah sikap kita
Tuhan suka orang yang kembali kepada-Nya
Sekalipun kita membawa dosa yang amat banyaknya
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah