Kehilangan Tuhan Kehilangan Segalanya


Kalau kita tidak ada ibu bapa sahaja pun, kita terasa kehilangan yang amat banyak
Kehilangan kasih sayang, kehilangan tempat bermanja, kehilangan tempat berlindung, kehilangan tempat mengadu
Kita tidak punyai ibu bapa, terlalu banyak kekurangan yang kita rasa
Kehilangan ibu bapa, terasa perit hidup ini, 
Kerana kehidupan kita urus sendiri  
Itu baru kehilangan ibu bapa
Kita rasa dagang dan asing hidup ini
Kalau kehilangan Tuhan bagaimana?!
Tentulah kita kehilangan segala-galanya 
Sama ada kita sedar mahupun tidak
Kehilangan Tuhan, kita kehilangan seluruh aspek kehidupan kita
Mungkin kita tidak terasa secara mengejut atau secara mendadak
Tapi kita akan terasa sedikit demi sedikit, 
Kita akan terasa perlahan-lahan bahananya
Bahkan kalau kita panjang umur, apa yang ada pada kita,
Macam tidak ada erti apa-apa jika kehilangan Tuhan
Kerana itulah kita jangan sombong, 
Kita perlukan Tuhan
Kalau kita dapatkan Tuhan, miskin pun masih rasa bahagia,
Di dalam kesusahan pun masih ada ketenangan
Betapalah di waktu kita di dalam kesenangan dan kemewahan
Tuhan sebenarnya adalah segala-galanya
Dapat Tuhan, dapat segala-galanya
Tidak dapat Tuhan, walaupun segala-galanya dapat, kita rasa macam tidak dapat apa-apa
Hujah kita, kerana di dalam hidup ini, ada orang sudah dapat segala-galanya
tapi bunuh diri
Ertinya segala-gala yang diperolehinya itu sudah tidak ada erti apa-apa
Ada orang tidak dapat segala-galanya, kerana dapat Tuhan dia tenang
Masih bahagia seolah-olah dapat segala-galanya
Maha Besar Tuhan, 
Dapat Tuhan itu rahmat, dapat Tuhan berkat,
dapat Tuhan tenang dan bahagia


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah