MADAH 274-278

M 274
Kekayaan dan kesenangan kalau diberi dengan cara rahmat maka ia akan diberkati. Seandainya diberi dengan cara istidraj maka ia akan dilaknat. Dan akan terjadi nanti berbagai macam masalah yang menyusahkan.

M 275
Kita jangan terlalu bangga dengan jabatan tinggi, harta yang banyak atau kemajuan yang pesat. Karena kita tidak tahu apakah Allah swt menganugerahkan itu semua dengan rahmat-Nya atau dengan istidraj-Nya. Diberi dengan rahmat artinya diberi dengan kasih saying. Diberi dengan istidraj artinya diberi dengan penipuan dari Allah swt atau kemurkaan dari Allah swt.

M 276
Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini dimulai dari kejahatan hati. Oleh karena itu disamping memikirkan kejahatan lahiriah, jangan lupa juga memikirkan kejahatan batiniah.

M 277
Kejahatan lahiriah dapat ditumpaskan dengan peraturan, larangan dan hukuman. Kejahatan batiniah hendaklah ditumpaskan dengan didikan Iman.

M 278
Ketika kita berhadapan dengan nikmat hendaklah kita merasakan bahwa kita tidak pantas menerimanya. Tetapi Allah swt sudah mengaruniakannya. Ingatkan didalam hati bahwa ia datang dari Allah swt. Semoga kita bersyukur. Hendaklah kita merasa takut karena kita tidak tahu apakah ia diberi dengan rahmat atau istidraj.

Orang Bertaqwa Sentiasa Dipimpin Tuhan

Orang yang bertaqwa sentiasa sahaja dipimpin Allah
Justeru mereka adalah kekasih-Nya
Sekali-sekala disusahkan-Nya untuk naik pangkat
Hati mereka tetap redha
Sekali-sekala dimewahkan kehidupannya, untuk dapat pahala syukur
Ya, dia tetap bersyukur
Dia tidak tersungkur jatuh oleh kemewahannya
Adakalanya dia ditekan oleh musuh-musuhnya
Mungkin dizalimi, dengan berbagai-bagai caranya
Agar dia bertambah berpaut dengan Tuhannya
Supaya dia merasakan Tuhan dekat dengannya
Rasa kehambaannya bertambah-tambah menebal di jiwanya
Dia juga tidak lekang dari pujian dan cacian
Memang Allah lakukan demikian rupa
Agar dia merasa malu dengan Tuhan dari pujian
Rasa tidak layak menerimanya
Kerana itu milik Tuhan, bukan miliknya
Dengan cacian menyedarkan dirinya memanglah demikian
Hamba patut menerima kejian
Kerana hamba mempunyai kelemahan dan kesalahan
Dia berusaha membaiki dirinya
Sesiapa yang mencacinya dan menghinanya didoakannya
Moga-moga Allah ampunkan dosa-dosanya, dosa-dosa kita pun diampun
Rasa berdendam dan bertindak tidak dilakukannya
Kalaupun ada rasa hendak marah, dia boleh membendungnya
Begitulah orang yang bertaqwa
Dia sentiasa di dalam pimpinan Tuhan-Nya

ATM

_As salam._

_Menjelang tengah malam 31 Ogos ini, saya coretkan sedikit catatan untuk kita dan anak cucu kita ketahui dan simpan dalam lipatan sejarah._

*PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)*

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

3. ATM diperakui pakar perang hutan oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang berjaya mengekang komunisme. percaya atau tidak?

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL. percaya atau tidak?

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia. percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Wahabi Salafi Jihadi, Jemaah Islamiah, Hizbut Tahrir dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama.

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar negara.

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS?? di sini diperkatakan tentera terhebat adalah Britain (SAS), diikuti Malaysia (ATM) dan Amerika (US ARMY). percaya atau tidak?

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api!! ini amat memalukan mereka. percaya atau tidak?

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini. percaya atau tidak?

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika. hal ini telah diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati.

13. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu.

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu.

Catatanku buat Malaysia 🇲🇾 Tanah Melayu Tanah Tumpahnya Darah ku.

*SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA*

*MERDEKA!!!*

3 ulama kemerdekaan

Didalam peristiwa bersejarah Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957, terdapat 3 ulama' besar yang telah memainkan peranan penting.

1. Syeikh Abdullah Fahim. Seorang ulama' besar dalam ilmu falak yang telah menetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

2. Syeikh Ahmad al-Linggi. Mufti Negeri Sembilan yang pertama ini telah diminta untuk membacakan doa di hari bersejarah tersebut.

3. Tuan Guru Tan Sri Haji Hassan Azahari. Yang pada ketika itu baru berusia 29 tahun telah diamanahkan untuk melaungkan azan keramat di Dataran Merdeka sebagai satu seruan kepada rakyat supaya mentaati Allah dan Rasul. 

Selain daripada mereka, sebenarnya ramai lagi alim ulama' yang telah berjuang berhabis habisan sehingga ada yang gugur syahid menentang penjajah semata-mata untuk mencapai kemerdekaan. Amatlah wajar bagi kita semua untuk mengetahui kisah hidup alim ulama' Melayu kita ini dan perkenalkan mereka pada anak cucu. 

Pernah seorang menyebut, kita perlu ambil tahu siapa masyeikh-masyeikh besar di tanah arab. Ya betul, namun ulama' Melayu kita sendiri sepatutnya, kita mesti lebih ambil tahu lagi.

Tanpa mereka, kita bukan siapa-siapa.

====================

*Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said* (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957
Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،

اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،

اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh,

Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

*KopipesTanpaPermit*

Sekian.Harap Moklong

MADAH 269 -273

M 269
Perpaduan di segi fisikal mudah. Tetapi perpaduan di segi pikiran dan jiwa sangat susah.

M 270
Setiap amal ibadah itu memang ada fadhilatnya. Begitulah rahmat Allah swt terhadap hamba-Nya dengan cara mengaruniakan fadhilat-fadhilat itu. Tetapi perlu diingat kalau seseorang itu beribadah karena fadhilat bukan karena zat Allah swt. Maka selalunya perangai orang itu tidak berubah dari mazmumah menjadi mahmudah sekalipun banyak ibadahnya. Orang-orang itu tertipu (ghurur) dengan ibadahnya.

M 271
Setiap orang itu dikatakan pemurah tidak sama ukurannya antara satu sama lain. Perbuatan yang sama pada beberapa orang didalam mengorbankan hartanya. Untuk setengah orang sudah dapat dikatakan pemurah, tetapi pada orang lain belum dapat dikatakan pemurah. Karena kemewahan dan kesenangan antara satu sama lain tidak sama.

M 272
Ada orang yang susah hati kalau masyarakat menjadi baik. Karena peluang-peluang dunianya terlepas. Orang-orang seperti inilah yang adakalanya berlakon di hadapan orang ramai. Bersuara tentang gejala masyarakat. Padahal sebenarnya mereka berbuat demikian karena akan menyembunyikan keburukannya.     

M 273
Seandainya seseorang itu Allah swt karuniakan kepadanya kesenangan dan kemewahan dengan rahmat-Nya. Maka ia akan selamat. Seandainya ia diberi atas dasar istidraj. Maka ia tidak akan selamat dari rasa sombong, megah, tamak, pembaziran dan lain-lain lagi.

Mari Kempen Tuhan

Wahai manusia
Marilah kita kempen mengenalkan Allah Taala Sebagai Tuhan!
Supaya Tuhan itu dikenal dan disembah orang
Agar kita semuanya takut dan mencintai-Nya
Marilah kita jadikan Dia satu-satunya pemimpin 
Tak payah ditandingkan dengan sesiapa
Dia adalah Esa, Maha Kuasa, Maha Mengetahui,Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Hebat tidak siapapun serupa Dia
Marilah kita promosi Tuhan!
Ke seluruh dunia, mari kita kenalkan Tuhan
Dia adalah Maha Suci dari sebarang penyerupaan, Maha agung, Maha Perkasa
Marilah kita kenalkan Tuhan agar kita semua jatuh hati kepada-Nya
Ketahuilah diantara sifat-Nya yang istimewa 
Dia Maha Pengasih dan Maha penyayang kepada hamba-hamba-Nya
Marilah kita sembah, puji, besarkan Dia sepanjang masa
Marilah kita jadikan Tuhan adalah segala-segalanya sepanjang hayat kita
Kita jadikan Dia tempat meminta, jadikan Dia Pelindung, Pendidik dan Penyelamat kita
Marilah, marilah kita jadikan Dia tempat rujuk, tempat menyelesaikan segala masalah manusia
Marilah kita ajak manusia dan marilah jadikan Tuhan Pemimpin kita semua tidak kira apa bangsa
Marilah kita beritahu manusia bahawa ujian adalah didikan dan pengajaran buat kita semuanya
Juga rahmat dan nikmat adalah ujian , 
Apakah kita bersyukur atau kufur dengan nikmat-Nya
Mari, marilah kita kenalkan Tuhan, 
Bahawa Dia adalah Pencipta segala-galanya, 
Pentadbirnya, Berkuasa ke atasnya
Selain Allah Taala tidak ada yang berkuasa, malah dikuasa
Tidak bersekutu di dalam kuasa, di dalam membuat, di dalam mentadbir dan menjaga
Marilah kita beritahu manusia semuanya
Bahawa Tuhan tidak perlu kepada makhluk, tapi makhluk memerlukan
Tuhan tidak mengambil manfaat di atas ciptaan-Nya
Faedahnya kembali kepada makhluk
Marilah kita ajak manusia , 
Jadikan Dia kawan setia di mana sahaja
Kawan di waktu berpening dan kawan di hari musafir, di hari berehat dan di masa kerja
Marilah kita puji Dia, cintai Dia dan ingat selalu kepada-Nya
Wahai manusia, marilah kita promosikan Tuhan besar-besaran, terus-menerus hingga Dia dikenal orang di seluruh dunia
Ketahuilah bahawa Tuhan adalah sumber keselamatan dan kesejahteraan
Marilah kita lari kepada-Nya, jangan lari daripada-nya
Marilah kita mencintai, marilah kita takut kepada-Nya 
Nanti kita akan berkasih sayang sesama manusia
Mari, mari jangan kengah-lengah lagi kembali kepada Tuhan
Sudah lama kita manusia lari dari-Nya
Kita manusia huru-hara, menderita, sengsara kerana sikap manusia lari dari Tuhannya
 
Kata kata Hikmah

💐✍🏻Rumah mewah bukan jaminan keluarga bahagia. Saling mengasihi, menghormati, dan memaafkan, itulah kunci keluarga bahagia

💐✍🏻Gaji tinggi bukan jaminan kepuasan hidup. Bersyukur, berbagi, dan saling menyayangi, itulah kunci kepuasan hidup

💐✍🏻Kaya raya bukan jaminan hidup terhormat. Tapi jujur, sopan, murah hati, dan menghargai sesama, itulah kunci hidup terhormat

💐✍🏻Hidup berfoya-foya bukan jaminan banyak sahabat. Tapi setia kawan, bijaksana, mahu menghargai, menerima teman apa adanya dan suka menolong, itulah kunci banyak sahabat

💐✍🏻Kosmetik bukan jaminan kecantikan. Tapi semangat, kasih, ceria, ramah, dan senyuman, itulah kunci kecantikan

💐✍🏻Hidup kita itu sebaiknya ibarat “bulan & matahari”—dilihat orang atau tidak, ia tetap bersinar. Dihargai orang atau tidak, ia tetap menerangi.

🌸💕🌸

*IsLamiLmuAmaL*

MADAH 261 - 268

M 264
Orang yang miskin itu adalah orang yang selalu merasa tidak cukup walaupun banyak harta dan uang. Orang yang kaya itu orang yang senantiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Orang yang paling miskin adalah orang yang memang tidak cukup dan merasa tidak cukup.

M 265
Kalaulah manusia di dunia ini merasakan bahwa manusia itu satu sama lain saling memerlukan. Baik itu secara langsung ataupun secara tidak langsung. Karena memang begitu keadaan manusia hakekatnya. Maka sudah tentu manusia akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbang rasa serta kerjasama.     

M 266
Mengurus dan mentadbir dunia sepertilah mentadbir gadis cantic. Jarang orang yang tidak digodanya. Kebanyakan orang menyerah kalah kepadanya. Oleh karena itu tadbirlah dunia ini tetapi haruslah berhati-hati. Selain itu memerlukan jiwa yang kuat agar kita tidak digodanya.

M267
Dunia ini dapat juga dikatakan seperti ular. Kalau tidak pandai menjaga dan mengawalnya maka kita akan dipatuknya.

M 268
Bersatu di dalam satu tempat mudah. Tetapi bersatu hati amat susah. Oleh karena itu kalau hati tidak bersatu maka tidak bertemu lebih baik daripada bertemu.

Taqwa aset dunia akhirat

Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat
Sumber bantuan, sumber rezeki, sumber kemenangan
Kalau ingin musuh dikalahkan, baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan
Taqwa lebih tajam dari pedang
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden
Di dalam perjuangan, bukan senjata persiapan utama
Walaupun senjata disuruh mengadakannya
Membaiki diri lebih utama melakukannya
Di dalam berhadapan dengan musuh, ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam
Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai yang melupakannya
Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan, ternafilah ketaqwaannya
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik dan canggih dari umat Islam
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan
Kedua-dua senjata tidak dimiliki sama ada senjata rohani mahupun senjata lahir
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin
Lebih-lebih lagi di masa berjuang
Ia bukan menjadi senjata umat Islam
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwanya
Oleh itu usahakan ketaqwaan terutama di dalam perjuangan
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam
Awasilah di dalam perjuangan membuat dosa dan kesilapan
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang

"KEKAYAAN DI USIA TUA"

Rata-rata orang menjadi kaya apabila mencecah usia 50 tahun dan ke atas. Mereka perolehi kekayaan dari pelbagai punca dan sumber semulajadi. 

Antaranya:
1. Ada PERAK di rambutnya.
2. Ada EMAS di giginya.
3. Ada GAS di perutnya.
4. Ada KRISTAL di ginjalnya.
5. Ada MINYAK di darahnya.
6. Ada GULA di air kencingnya.
7. Ada KAPUR di tulangnya.
8. Ada INTAN di hempedunya.
9. Ada CINCIN di jantungnya.
10. Ada BATU di pundi kencingnya.

Namun mereka umumnya tidak sombong dan merendah diri. Ini dapat dilihat dari jalannya yang kian menunduk. Kekayaan dan sifat yang diperolehi di usia tua ini merupakan suatu mesej dari Allah bahawa kehidupannya didunia hampir tamat dan peringatan untuk bersiap kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Sumber info : whatsapp

MADAH 259-263

M 259
Kalau rasa bertuhan tidak wujud didalam hati ketika berada di mana-mana tempat. Apalagi yang dapat membendung manusia dari sifat-sifat mazmumah seperti sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi? Mazmumah itulah penyebab penyakit masyarakat.

M 260
Mengapa nikmat dunia itu pada seseorang tidak juga membuatnya puas? Karena nikmat dunia itu selalu saja menjemukan atau selalu saja mengecewakan. Sehingga ingin mencari lagi atau ingin mencari yang lain.

M 261
Kalau seseorang itu didalam perbincangan atau didalam perdebatan tidak merasa megah. Apabila dapat memberi pendapat tidak ada rasa ingin menunjuk-nunjuk pandai. Merasa senang dengan pandangan orang lain atau ingin agar orang lain dapat memberi pandangan. Yang benar dan bernas serta tidak merasa rendah diri jika tidak mampu. Maka kalaupun dia bukan wali tetapi dia adalah seorang yang sholeh.

M 262
Mukmin sejati (orang bertakwa) selalu lapang dada. Orang bersalah dengannya dimaafkannya. Dia bersalah kepada orang dia meminta maaf kepadanya. Ujian yang menimpa sabar menerimanya. Ketentuan Allah swt dia redha. Orang jahat didoakannya agar mendapat hidayah. Orang naik disokongnya. Waktu susah dan senang sama saja, Sepertimana ia diziarahi orang dia juga suka menziarahinya. Dengan orang Islam selalu baik sangka.

M 263
Coba saudara-saudari, tuan puan gambarkan orang yang hidup seperti ini: Di kantor atau di tempat kerja dimarahi oleh bos. Di rumah dimarahi oleh istri. Didalam perjalanan berhadapan dengan pengendara kendaraan yang tidak bertimbang rasa. Jika ada masalah tidak ada tempat untuk mengadu. Kalau mengadu jadi bahan cerca dan perli. Iman lemah di dada atau tidak ada. Kesabaran tidak ada, redha jauh sekali. Maka kita rasa orang itu sudah berada diambang pintu Neraka.

Kisah Benar

Aku seorang doktor ortopedik popular di Hospital Al-Qashr Al-Aini, Cairo. Berasal dari sebuah keluarga kaya, tamat saja pengajian sarjana perubatan ayah pun menghantarku ke Universiti Cambridge untuk meraih darjah pasca sarjana, PhD dan bahkan fellowship.

Aku memilih bidang ortopedik dan menetap di England lebih 10 tahun. Kehidupanku membaur dengan cara dan etika masyarakat Inggeris lalu begitu cepat menyerap budaya British yang menjadi persekitaranku. Pulang ke Mesir aku pun dilantik menjadi pensyarah ortopedik di Al-Qashr Al-Aini.

Karakterku berterus terang, tak suka bermanis mulut dan amat pemurah. Boleh jadi inilah yang membuat mereka bingung denganku kerana "... perangai amat bakhil adalah adalah adat nombor satu orang British", namun boleh jadi itu adalah saki baki dari asal ketimuran yang terpendam dalam jiwaku, aku juga tak suka main-main dan bergurau senda. Walaupun begitu aku disenangi oleh para pelajar dan kawan-kawan; aku tak lokek ilmu dan wang ringgit serta mencurah pengalaman dan kepakaranku kepada mereka. Aku tak merahsiakan ilmu pengetahuanku seperti yang dilakukan oleh sesetengah teman. 

Sebagai seorang Muslim secara tradisi aku bepuasa Ramadhan, naik haji dan selalu membaca Al-Quran. Aku berkahwin dengan sepupu... sudah sepuluh tahun dan kami masih belum dikurniakan anak... tanpa mengenal penat aku membawa isteriku kepada doktor-doktor pakar dalam dan luar negeri. 

Isteriku akhirnya menyerah kepada ketentuan ALLAH... (sememangnya dia adalah duniaku dan hidupku) bersama-samanya aku dapat melupakan segala penat lelah dunia. Isteriku tahu bila dia patut bercakap denganku dan bila masanya dia harus membiarkan aku. 

Aku tahu betapa terseksanya dia apabila merasakan rumah kami sepi dari derai tawa serta keletah kanak-kanak. Aku anggap isteriku bagai seorang anak perempuanku; aku manja-manjakan dia dan dia juga selalu memanggilku sebagai anaknya.

Satu hari aku diundang ke  seminar ortopedik di Universiti Asyuth. Aku pun pergi dengan keretapi berhawa dingin sambil membimbit kertas-kertas kajian. Tiba-tiba ada lelaki duduk bersebelahan denganku. Dari penampilannya dia adalah seorang petani asal hulu Mesir, wajahnya sawo matang, matanya luas, memakai jubah desa warna kelabu, melilit kepala dengan selendang putih dan aroma harum semerbak dari busananya.

Diwajahnya ada kilau indah yang tak mampu kau sifatkan. Dia berjalan terbata-bata dengan bantuan tongkat sambil dipapah oleh seorang pemuda yang pasti adalah anaknya. Pemuda ini meminta dengan sopan agar aku meninggalkan kerusiku dan berpindah ke kerusinya supaya dia boleh duduk sebelah-menyebelah dengan ayahnya namun aku tegas menolak, ini adalah hakku dan sepatutnya dia sedari awal menempah dua kerusi sebelah menyebelah.

Hampir saja si anak muda mahu bertekak denganku namun dia diam apabila diisyaratkan oleh sang ayah yang kemudian ralit merafal untaian doa, selawat dan wirid zikir disebelahku hingga aku jadi tak selesa dan hilang fokus dalam bacaanku. Aku menjeling marah dan mungkin dia perasan lantas sambil tersenyum bertanya: "Suara pakcik mengganggukah?". Itu aku jawab dengan amat berterus terang : "Benar. Saya harap pakcik boleh memperlahankan suara pakcik". Dia minta maaf dan kemudian komat kamit meneruskan wiridnya tanpa terdengar lagi suara dan aku pun merasa senang.

Mengejut saja dia tertidur nenyak lalu berdengkur kuat. Tertekan aku dibuatnya.. namun aku tak sampai hati nak mengejutkan apabila melihat kondisinya. Kemudian tiba-tiba aku dengar dia bercakap dengan suara perlahan:

"Waalaikumussalam ya Saiyidi ya RasulALLAH 

 hamba dengar dan taat ya Saiyidi 

 semoga ALLAH menggembirakanmu dengan segala kebaikan 

 waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ya Saiyidi...!!"

Tiada orang lain mendengarnya kecuali aku dan seolah-olah dia memang tak mahu didengari oleh sesiapa.

Menurutku ia mungkin terjadi diluar paras sedar orang tua ini, tapi sekarang dengkurnya kembali menguat. Ya Ilahi! Dia sedang tidur nenyak, dia tak berlakon-lakon, boleh jadi dia sedang dalam mimpi yang benar... Ah, biarkanlah dia dengan mimpinya, buat apa aku nak sibuk-sibuk dengan mimpi orang, bukannya ada kena-mengena dengan aku pun.

Pak tua terbangun dari tidurnya dengan wajah lain, tak sama dengan wajahnya saat tidur tadi… kilaunya bertambah. Nur memancar dari wajahnya, memang serinya dapat dilihat jelas dengan mata. Anak lelakinya datang lalu mengelap peluh yang membasahi wajah sang ayah.

Tiba-tiba dia mengujar dengan suara perlahan kepada anaknya : "Dr. Abd. Rahman Al-Kailani ada bersama kita menjadi penumpang keretapi ini dan beliau akan menjalankan pembedahan keatas ayah besok". Ujaran itu membuat aku jadi amat tergamam, namun aku berpendapat boleh jadi ada orang telah memberitahunya soal keretapi.. boleh jadi jururawat di klinikku.. tapi soal ini tidak tersebut pun sebelum dia tidur tadi.. apakah ia sebuah mimpi yang benar dan transparent??

Aku bertekad untuk mengetahui perkara ini hingga tuntas dan kali ini biar aku yang buka bicara, khususnya tadi dia telah menyebut namaku dan aku adalah hero dalam mimpinya itu. Dia bertanya: "Tuan mahu turun di mana?". Aku jawab Asyuth.

Dia diam lantas memalingkan wajahnya dariku. Rasa ingin tahu makin membuak menyeksa aku, aku lontarkan lagi beberapa soalan dan dia menjawabnya panjang lebar. Jawaban-jawabannya belum memuaskan hatiku, akhirnya aku nekat melontar daun terup terakhirku: "Pakcik kenalkah Dr. Abd. Rahman?", dia jawab: Tidak, tapi pakcik sedang dalam perjalanan untuk berjumpa dengannya".

Aku mengujar: “Sayalah Dr. Abd. Rahman Al-Kailani!!!”.. Pak tua merenung kebawah dan seolah-olah dia langsung tak terperanjat… dia mengetuk-ngetuk lantai keretapi dengan tongkatnya sambil aku terus mendengar mulutnya komat-kamit berselawat keatas junjungan agung Saiyidina RasulALLAH عليه الصلاة والسلام. Dia membuat aku teruja yang amat sangat untuk mengetahui apa responnya!! Tapi dia diam saja. Aku rasa dia sedang mempermainkan aku, seolah-olahnya dia mahu aku angkat bendera putih terlebih dahulu. 

Aku pun menyentaknya dengan pertanyaan:  “Agaknya RasulALLAH yang beritahu pakcik ye?”. Dia benar-benar terkesima dan itu jelas terlihat diwajahnya. Dia mengangkat muka, dua matanya memandang luas, merenung lama kepadaku dalam tanda tanya. Sambil tergagap-gagap dia menyoal dari mana aku tahu?! Siapa yang memberitahuku?!

Hatiku tersenyum seraya menggumam… sekarang kau dah kena denganku kawan! Dia terus mendesakku dengan pertanyaannya, aku pula buat-buat bertenang dan menarik muka serius, aku memaling wajahku darinya sama seperti perbuatannya tadi sambil mengujar: “Itu urusan peribadiku pakcik!!”

Dia cepat-cepat meningkah: “Iya benar. Memang Saiyidina RasulALLAH صلى الله عليه وسلم… Baginda menyuruh pakcik menyampaikan pesannya kepadamu : Uruskan Syeikh Rodhiy baik-baik”.

Aku tersenyum nipis sambil mengucap صلى الله عليه وسلم. Sekarang aku merasakan lelaki tua ini bagai seorang perajurit yang sedang cuba menerobos kota pertahananku. Aku sentak lagi dia dengan soalan: “Tapi adakah Rasul Mulia memberitahu bahawa saya akan menjalankan pembedahan keatas pakcik esok?!!". 

Dia merenung panjang kepadaku bagai mengetahui adanya keraguan dalam hatiku terhadap apa yang disampaikan tadi. “Jujur itu, Baginda turut memberitahu pakcik petanda benarnya apa yang pakcik cakap tadi. Kata Baginda semalam saat ditemani isteri di balkoni tuan doktor telah berdoa kepada ALLAH minta direzekikan anak sepertimana ALLAH merezekikan Saiyidina Yahya kepada Saiyidina Zakaria عليهما السلام, secara tak sengaja tangan doktor tersinggung cawan teh panas diatas bibir serambi lalu cawan pun melayang jatuh ke jalan setelah air teh panas itu membuat tanganmu melecur”. 

Dua biji mataku terbelalak… jari-jemariku kejang… air liurku jadi kering.. sekarang tiada ruang lagi untuk syak dan ragu. Wajahku jelas terperanjat, aku tersentak, aku meraba-raba tanganku sendiri yang terasa hangat… jiwa ragaku sekarang rebah dihadapan seorang lelaki tua yang sederhana. 
 
Aku graduan Cambridge dan fellowship di Royal Collage of Surgeons yang tak menerima cara berfikir seperti ini! Tapi sekarang aku merasakan bahawa diriku sedang menyerah dihadapan pak tua ini dan entah bagaimana nilai-nilai ketimuran yang terpendam dalam jiwaku tiba-tiba bangkit. Dengan linangan air mata aku tunduk mencium tangan beliau sambil diperhatikan oleh para penumpang lain yang kehairan-hairanan.   

Dia mengusap-ngusap kepalaku kemudian berkata: “Pakcik membawa berita gembira dari Al-Habibul Karim عليه الصلاة والسلام khas buatmu.. sesungguhnya ALLAH telah mendengar doamu dan ALLAH akan mengurniakanmu kembar Yahya dan Muhammad”.

Aku genggam telefon bimbit dan menghubungi temanku ketua pengarah hospital wilayah Asyuth untuk menempah kamar pembedahan atas nama Syeikh Rodhiy kerana akulah yang akan menjalankan pembedahan keatasnya dan aku sendiri yang akan menanggung semua kosnya. 

Kami turun di stesyen keretapi sambil sebuah kereta sedang menungguku. Aku memutuskan pergi ke hospital terlebih dahulu bagi membuat tempahan untuk Syeikh Rodhiy dan mempersiapkan operasi pembedahan untuknya. Selepas seminar telefon bimbit aku matikan, aku masuk ke kamar operasi dan pembedahan pun berakhir dengan jayanya. 

Biasanya aku akan menyerahkan urusan pemantauan dan susulan keatas pesakit kepada pasukan perubatan yang turut serta, namun kali ini aku sendiri yang berkeras untuk menjalankan pemantauan dan susulan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara sebagai menunaikan pesanan dari junjungan mulia.. hinggalah temanku datang memberitahu bahawa isteriku telah cuba menghubungiku berpuluh-puluh kali dan telefon bimbitku power off.

Cepat-cepat aku menalifonnya, isteriku menangis teresak-esak, dia hampir saja pengsan kerana terlalu risaukan aku. Aku pun minta maaf dan dia berteriak bagai seorang kanak-kanak yang comel : “Suamiku sayang Abd. Rahman! Saya hamil!!!”. Kata isteriku dia telah dinasihati oleh doktor pakar sakit puan yang memantau perkembangannya untuk menjalankan pemeriksaan kehamilan kerana saat berjumpa dengannya isteriku merasa sakit yang amat sangat di lambungnya… Alhamdulillah rupa-rupanya isteriku hamil. 

Aku tersenyum dan terbayang wajah Syeikh Rodhiy di ruang mataku. Aku pun mengujar kepada isteriku: “Abang dah tahu dan bukan itu saja, bahkan awak mengandung anak kembar!”

Isteriku dapat merasai bahawa aku berbual dengan penuh yakin kepadanya, dia benar-benar tahu kalau aku serius atau tidak. Dia menjerit: “Abang ni tak sihat ke?!”

Aku teruskan saja bicara seolah-olah tak mendengar pertanyaan isteriku: “Awak bakal melahirkan Yahya dan Muhammad”, dia pun ketawa sambil meningkah: “Apa?! Kembar?! 

Lah, saya ni kena penyakit sopak ke tuan doktor?!

Ya Syeikh Abd. Rahman! Janganlah teruja sangat, saya ni kan baru saja hamil…”
 
Dan isteriku pun melahirkan anak kembar. Sejak hari itu dia memandang aku dengan penuh kagum dan sanjungan bagai murid tareqat memandang syeikhnya. Isteriku selalu berkata: “Awak ni orang kasyaf Syeikh Abd. Rahman, pandangan awak menembus hijab!”.
 
Aku hanya tertawa dalam hati kerana tak pernah memberitahunya apa-apa sebab sudah dipesan oleh Syeikh Rodhiy untuk menyimpan rahsia. Sekarang inilah dia dua orang putera kembarku Muhammad dan Yahya yang sudah berusia lima tahun sedang mengharu-birukan kelilingku manakala aku pula tak boleh nak melarang  kerana kalau aku melarang aku pulak nanti yang bakal dimarahi oleh ibu mereka.  

Yang dapat ku ungkapkan ialah ini adalah madad Saiyidina RasulALLAH yang terus mengalir di seluruh buana.. mengalir tak putus-putus hingga ke hari Kiamat… ALLAHumma ENGKAU kurnialah selawat, salam dan keberkatan keatas  Saiyidina Muhammad yang dengan Baginda lerailah segala kekusutan, hilang segala bencana, tertunai segala hajat, tercapai segala harapan, baik segala kesudahan dan dengan wajah Baginda yang mulia awan pun mencurahkan hujan, beserta ahli keluarga dan para sahabatnya, pada tiap kerdipan mata dan turun naik nafas, dengan sebanyak bilangan pengetahuanMU. 

Dr. Abd. Rahman Al-Kailani.

Kita Hamba Yang Tidak Ada Kuasa

Manusia apabila ada kuasa, lupa yang Maha Kuasa
Seolah-olah dia mampu membahagiakan dirinya
Adakalanya orang yang berilmu tinggi, merasa diri luarbiasa
Dia merasakan akan bahagia sepanjang masa
Tidak kurang pula orang yang kaya, wah sombongnya
Merasa diri istimewa
Orang-orang lain hina belaka
Betulkah kita ada kuasa?! 
Betulkah kita istimewa?! 
Betulkah kita luarbiasa?!
Mampukah kita membendung isteri tidak derhaka dengan kita?!
Mampukah kita menundukkan anak mendengar kata, taat dan setia?
Apakah kita memburu sakit atau sakit memburu kita
Ertinya adakah kuasa mengelak sakit?!
Dapatkah kita membendung rakyat jangan derhaka?
Tidak mengata dan tidak menghina kita di belakang kita
Apabila berlaku bencana alam dapatkah mengelak diri daripadanya?!
Kita orang istimewa tidak pernah kena,?
Yang kena orang miskin dan papa, yang tidak ada kuasa dan yang bodoh-bodoh sahaja?
Bencana alam tidak kenal siapa
Dia tidak memilih bulu, orang istimewa kena juga
Baru kita tahu, kuasa mutlak di tangan Tuhan yang Maha Kuasa
Kita adalah hamba yang tiada kuasa
Yang hina-dina memerlukan Tuhan sepanjang masa
 
MADAH 249-253

M 249
Janganlah jadikan Allah swt itu tempat mendesak. Tetapi jadikan Allah swt tempat kita merendah diri, menginginkan pimpinan, mengaku bersalah dan mengaku lemah.

M 250
Islam bukan untuk orang yang ekstrim atau orang yang kecewa didalam kehidupan. Tetapi untuk hamba Allah swt yang taat untuk mendapatkan keredhaan.

M 251
Rasa kehambaan itu bukan sekadar didalam sholat saja. Tetapi hendaklah dibawa ke mana-mana. Karena kita di mana-mana saja tetap hamba. Agar sifat ketuanan tidak mengambil alih didalam jiwa kita. Supaya kita tidak sombong, megah, pemarah, hasad, sum’ah, ujub dan lupa daratan.

M 252
Orang yang tamak merasa tidak cukup. Artinya senantiasa merasa miskin. Oleh karena itu ia senantiasa memburu yang belum ada. Yang ada adakalanya tidak sempat digunakan karena terlalu sibuk memburu yang tidak ada. Pikiran berserabut, jiwa kusut, fizikal letih selalu karena tidak istirahat. Didalam kesibukan inilah dia meninggal dunia.

M 253
Cita-cita itu kalau tidak bertapak di bumi nyata angan-angan namanya. Jika bertapak di bumi nyata harapan namanya. Mengharap diharuskan tetapi angan-angan dilarang.

Senjata Paling Ampuh

Umat Islam hari ini sudah tidak pandai lagi hendak mencari kemenangan
Mereka sudah tidak tahu bagaimana hendak mendapat bantuan Tuhan
Umat Islam berfikir, bantuan dan kemenangan itu dengan ilmu dunia dan membuat kemajuan
Berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal fikiran macam orang bukan Islam
Islam memandang usaha lahir itu hanya sampingan, bukan kewajipan
Ada yang lebih penting dari itu
Untuk mendapat kemenangan bahkan keredhaan
Jadikan Tuhan sebagai kawan dan bawa Ia ke mana-mana
Menjadi orang yang bertaqwa setiap masa dan waktu
Membaiki diri dengan membetulkan sembahyang lima waktu
Serius menjauhi dosa dan membersihkan jiwa dari mazmumah
Berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu
Inilah dia senjata umat Islam yang tersirat dan tersembunyi
Yang diabaikan oleh umat Islam seluruh dunia sekalipun ulama-ulamanya
Senjata yang tersirat itulah yang paling tajam
Senjata yang tersembunyi itulah yang paling ampuh untuk mengalahkan musuh-musuhnya
Senjata lahir yang diusahakan oleh umat Islam sama seperti yang ada pada musuh
Bahkan senjata yang ada pada musuh umat Islam tidak boleh menandinginya
Kerana kita juga berguru dengan musuh Islam
Lantaran itu hingga hari ini kemenangan dan bantuan belum lagi datang
Kerana kita masih bersandar dengan musuh, hendak melawan musuh
Senjata yang tersirat dan tersembunyi itu tidak ada pada musuh
Senjata itu kita dapat direct dari Tuhan
Jika kita memilikinya, ertinya kita menjadi orang Tuhan
Bila jadi orang Tuhan, kita dapat pembelaan dari Tuhan yang Esa
Tuhan bila-bila masa sahaja boleh mengalahkan musuh-musuh
 
bersyukur

Assalam semua....
🍀untuk renungan kita bersama🍀

Kita diberi rezeki bangun berqiyamullail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.

Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.

Kita diberi rezeki mampu khatam quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak-rangkak dengan buku iqra'nya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.

Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.

Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.😓

Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain. 

Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu SOMBONG.

Bekalan Hidup Akhirat

Akhirat negara kehidupan yang kedua selepas dunia
Di sana tempat tinggal yang kekal abadi
Susah dan senang di sana ditentukan oleh kehidupan di dunia
Berhati-hatilah hidup di dunia, agar di sana tidak derita dan merana
Di sana hanya ada dua tempat, Syurga dan Neraka
Orang-orang yang bertaqwa ke Syurga,
Orang-orang fasik dan zalim ke Neraka  
Carilah bekalan dengan sifat taqwa untuk kesenangan di sana
Tidak ada sifat taqwa, Nerakalah padahnya tempat tinggal yang terseksa
Berhati-hatilah hidup di dunia yang tidak lama
Buatlah bakti kepada Allah Taala dan makhluk-Nya
Janganlah jadi manusia yang lalai dan perosak
Di Akhirat kelak tidak mampu menanggung azab dan sengsara
Cintailah Allah takutilah kepada-Nya, dan cintailah makhluk-makhluk-Nya
Hendaklah jadi manusia yang taat dan setia kepada Allah
Tidak mengapa berhadapan dengan sedikit kesusahan yang sementara
Agar terlepas daripada kesusahan di Akhirat buat selama-lamanya
Tebuslah kesusahan yang tidak lama di Akhirat sana
Dengan kesusahan yang sedikit yang tidak pula lama
Biarlah sesal dahulu, kerana sesal kemudian tidak lagi berguna
Carilah bekalan untuk Akhirat dengan sesungguh-sungguhnya

Madah 244-248

M 244
Benih kebaikan sudah Allah swt tanamkan didalam hati atau roh manusia (fitrah semula jadi). Baja penyuburnya adalah didikan yang bercorak syariat. Air penyegarnya ialah kebaikan yang terjadi didalam kehidupan manusia yang dapat dilihat dan didengar.

M 245
Untuk membaikkan manusia, kalau tidak ditumpaskan lebih dahulu kejahatan yang ada didalam hati manusia. Bahkan disuburkan kejahatan hati itu. Kalaupun tidak ada kejahatan didalam kehidupan untuk ditiru, maka dia akan mencetuskan kejahatan untuk orang lain tiru.

M 246
Seseorang itu kalau melihat seorang yang baik kemudian dia merasa senang dan tenang. Menunjukkan bahwa orang itu adalah orang yang baik. Atau ada harapan menjadi orang yang baik. Jika seseorang itu merasa tidak senang dan tidak tenang kalau dia tidak fasik. Maka dia adalah seorang munafik.

M 247
Diantara kebudayaan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam. Tetapi sudah tidak terasa lagi ia adalah satu kesalahan ialah manusia selalu mengucapkan, “Saya ikhlas ini.” Ikhlas tidak boleh diucapkan. Ia adalah amalan hati. Malaikat juga tidak tahu karena ia adalah rahasia Allah swt. Hanya Allah swt saja yang tahu, karena ikhlas itu tidak boleh diakui.

M 248
Orang yang ikhlas mengamalkan agama setiap waktu karena Allah swt mengkehendaki. Demikian orang yang tidak ikhlas mengamalkan sesudah terdesak. Sesudah kaedah-kaedah lain gagal berperanan.

kira pun salah!

Al-Kisah...

Satu hari, seorang guru sekolah menulis di papan hitam:

9 × 1 = 7
9 × 2 = 18
9 × 3 = 27
9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90

Apabila dia telah selesai, dia memandang kepada pelajarnya, dan mereka semua ketawa pada beliau kerana jawapan yang pertama itu yang merupakan jawapan yang salah.

Kemudian guru itu berkata, 

"Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja kerana saya mahu anda untuk BELAJAR sesuatu yang penting. 

Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda.

Anda boleh lihat yang saya tulis dengan tepat sekali untuk 9 jawapan-jawapan yang lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah ataupun terima kasih kepada saya untuk itu!

Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.

Jadikan ini suatu pelajaran.

Dunia adakalanya tidak langsung melihat kebaikan yang kamu buat walaupun sejuta kali, tetapi akan mengkritik kamu jika hanya sekali sahaja kesilapan yang kamu lakukan."

UNTUK BERJAYA CARILAH DOA DARIPADA ORANG-ORANG LAIN

1. Doa daripada Nabi Muhammad SAW - 

Syafaat Nabi itu benar-benar ada. Nabi sayang dan banyak berdoa untuk umatnya. Sayang/cinta dan berimanlah dengan Nabi Muhammad SAW. Perbanyakkan selawat kepada baginda Nabi. Amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad.

2. Doa daripada para malaikat - 

Malaikat mendoakan kita pada setiap pagi (gandakan hartanya), ketika kita mendoakan orang lain, malaikat juga akan mendoakan kita (amin dan bagi engkau apa yang engkau doakan), malaikat mendoakan kita ketika kita berada di dalam majlis-majlis ilmu (hadirlah majlis-majlis ilmu) (malaikat akan lapor kepada Allah & Allah akan ampunkan dosa2 kita)(keikhlasan mereka yang hadir sama menjadi asbab pengampunan Allah). Malaikat mendoakan mereka yang menjaga adab-adab. 

3. Doa daripada ibu dan ayah - 

Ada keberkatan pada doa-doa ibu dan ayah (berkat -pertambahan kebaikan).

4. Doa daripada orang2 yang soleh/alim - 

Guru-guru kita atau sesiapa sahaja yang kita jumpa supaya mendoakan kita. 
Banyak kejayaan orang-orang terkenal sekarang adalah hasil dari doa guru-guru.

5. Doa dari orang mukmin kepada orang mukmin yang lain - 

Doa dari orang-orang yang kita tidak tahu (sahabat2/teman2).

Madah 234-238

M 234
Rasa bertuhan kalau tidak wujud kepada seseorang maka tidak mungkin dia dapat menjadi orang yang baik. Seperti orang yang jujur, amanah, pemurah, tawadhuk, sabar, redha, pemaaf, suka meminta maaf, tawakal dan bertoleransi. Kalaupun dia nampaknya tidak jahat karena keadaan tidak memberi peluang kepadanya untuk membuat jahat. Bukan karena dia takutkan Allah swt.

M 235
Tersalah dan tersilap serta terlupa dan tersalah paham pada seorang pemimpin itu rakyat dapat memaafkannya. Sifat-sifat itu memang susah untuk dihindarkan. Tetapi kalau sudah disengaja dan memang dari kesadaran. Serta paham memang ada niat untuk melakukan kesalahan dan membuat salah dengan kepahaman karena ada keuntungannya. Maka rakyat tidak dapat memaafkan. Cuma rakyat tidak dapat berbuat apa-apa karena mereka tidak ada kuasa. Sehingga dia teruslah yang berkuasa.

M 236
Di akhir zaman ini, di zaman modern ini jarang sekali guru dikenang, pemimpin disenangi, ulama disayangi, orang kaya disanjung, fakir miskin diberi simpati, orang sakit diziarahi.

M 237
Diantara sikap orang lemah yang jiwa dan tidak bermoral adalah suka meminta-minta uang dan bantuan. Minta dihormati dan dibalas jasanya. Suka menyebut-nyebut jasanya. Kesal dengan orang yang melupakan jasanya. Kecewa dengan ujian atau kegagalan usaha-usahanya.

M 238
Siapa diantara hamba Allah swt, sekalipun golongan bawahan yang tidak dikenali. Mungkin tidak dipedulikan terlepas dari godaan setan dan belenggu hawa nafsu. Dia hanya terikat dengan Allah swt yang menciptakannya semata-mata. Inilah orang yang sebenarnya merdeka dan bebas. Inilah hamba Allah swt yang hakiki. Selain itu seseorang belum lagi dikatakan merdeka sekalipun dia seorang pembesar negara yang disanjung tinggi.

Budak Paling Bodoh Dalam Dunia

----------------------------------

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Abon yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak : “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu, dia adalah budak yang paling bodoh di dunia”

✿PELANGGAN : “Naper awak cakap macam tu mamak?”
✿MAMAK : “Awak tgk ni..”sambil memanggil Abon datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Abon. satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Abon “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Abon mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

✿MAMAK :” Hahaha kan saya dah kata!!! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh2 kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!!!”
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Abon.

✿SUMARDI : “Abon pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

✿ABON: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
SUMARDI: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story: 😨😨

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.

Madah

M 234
Rasa bertuhan kalau tidak wujud kepada seseorang maka tidak mungkin dia dapat menjadi orang yang baik. Seperti orang yang jujur, amanah, pemurah, tawadhuk, sabar, redha, pemaaf, suka meminta maaf, tawakal dan bertoleransi. Kalaupun dia nampaknya tidak jahat karena keadaan tidak memberi peluang kepadanya untuk membuat jahat. Bukan karena dia takutkan Allah swt.

M 235
Tersalah dan tersilap serta terlupa dan tersalah paham pada seorang pemimpin itu rakyat dapat memaafkannya. Sifat-sifat itu memang susah untuk dihindarkan. Tetapi kalau sudah disengaja dan memang dari kesadaran. Serta paham memang ada niat untuk melakukan kesalahan dan membuat salah dengan kepahaman karena ada keuntungannya. Maka rakyat tidak dapat memaafkan. Cuma rakyat tidak dapat berbuat apa-apa karena mereka tidak ada kuasa. Sehingga dia teruslah yang berkuasa.

M 236
Di akhir zaman ini, di zaman modern ini jarang sekali guru dikenang, pemimpin disenangi, ulama disayangi, orang kaya disanjung, fakir miskin diberi simpati, orang sakit diziarahi.

M 237
Diantara sikap orang lemah yang jiwa dan tidak bermoral adalah suka meminta-minta uang dan bantuan. Minta dihormati dan dibalas jasanya. Suka menyebut-nyebut jasanya. Kesal dengan orang yang melupakan jasanya. Kecewa dengan ujian atau kegagalan usaha-usahanya.

M 238
Siapa diantara hamba Allah swt, sekalipun golongan bawahan yang tidak dikenali. Mungkin tidak dipedulikan terlepas dari godaan setan dan belenggu hawa nafsu. Dia hanya terikat dengan Allah swt yang menciptakannya semata-mata. Inilah orang yang sebenarnya merdeka dan bebas. Inilah hamba Allah swt yang hakiki. Selain itu seseorang belum lagi dikatakan merdeka sekalipun dia seorang pembesar negara yang disanjung tinggi.

Hati Mukmin

Mengalirlah air mata mukmin atau mengalirlah air mata hatinya bila mengingat Tuhannya
Malunya hati mukmin bila mengenang Rahim dan Rahman Tuhan, anugerah dan pemberian-Nya
Remuk-redamlah hatinya bila teringat Qahhar dan Jabbar-Nya
Kecut perutnya bila teringat hukuman dan azab-Nya
Resah gelisah jiwanya bila melakukan dosa
Sedih hatinya bila lalai dengan Tuhannya, kemudian sedar semula
Tidak tentu arah rasa hatinya bila terbuat kesalahan dan kesilapan
Hati mukmin tidak pernah tenang dengan Tuhannya, tapi tenang dengan dunianya
Jiwanya sentiasa sahaja bergelombang terhadap Tuhannya
Jiwanya bagaikan air lautan tidak pernah tenang
Kalaulah bukan kerana ada kewajipan masyarakat yang patut dipertanggungjawabkan,
Sudah tentu mereka suka bersendirian
Atau membawa diri berkelana bersama Tuhannya
Atau menyisihkan dirinya dari masyarakatnya
Kerana terlalu memikirkan diri terhadap Tuhannya
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa gundah-gulana
Oleh itu mereka tidak sempat memikirkan hal orang lain
Kerana terlalu memikirkan nasib dirinya

KFC

*SiaranUlanganTanpaBasi* ⤵️⤵️⤵️

✅Pada usia 5 tahun ayahnya meninggal
✅Pada usia 16 tahun dia berhenti bersekolah
✅Pada usia 17 tahun dia dipecat 4 kali dari tempat kerja
✅Pada usia 18 tahun dia berkahwin
✅Pada usia 18-22 tahun dia menjadi konduktor dan gagal
✅Pada usia 19 tahun dia menjadi ayah
✅Pada usia 20 tahun isterinya meninggalkan dia dan anaknya

Kemudian masuk tentera dan diusir

Kemudian mencuba ujian belajar undang-undang tetapi gagal

Dia bekerja di kafe kecil sebagai pencuci pinggan mangkuk dan memasak. 

Dia berusaha mendapatkan anak perempuannya dari isterinya yang meninggalkannya dan akhirnya berjaya meyakinkan isterinya untuk pulang

Pada usia 65 tahun dia bersara dari pekerjaan dan pada hari pertama bersara, dia mendapat cek dari kerajaan bernilai 105 dolar amerika. Dia merasakan pemerintah juga berpendapat bahawa dia tidak dapat membiayai hidupnya sehingga dia harus diberikan faedah hari tua.

Akhirnya dia memutuskan untuk melakukan percubaan bunuh diri, kerana dia merasakan selama 65 tahun hidupnya selalu menjadi kegagalan dalam bidang apa pun. Dia duduk di bawah sebatang pokok, menuliskan niatnya untuk membunuh dirinya dengan sepucuk surat. Tetapi akhirnya dia bertukar hati dan sebaliknya dia menulis:

Apa yang DIA INGINKAN dalam sisa hidupnya

Dia sedar dia masih mempunyai peluang & kepakaran, iaitu memasak. Akhirnya, dia meminjam 87 dolar dengan jaminan cek, kemudian dia membeli ayam, dan memasak dengan resepinya. Kemudian menjual dari pintu ke pintu sehingga ditolak 1,009x dari satu rumah ke rumah lain di bandar Kentucky.

Ingatlah pada usia 65 dia telah menyiapkan niat untuk membunuh diri. Tetapi pada usia 88 tahun, dia menjadi seorang BILLIONAIRE dengan perniagaan Kentucky Fried Chicken. Dan sekarang di seluruh dunia, semua orang tahu restorannya dengan nama KFC, malah di Malaysia hampir setiap bandar ada KFC.

Mesej Moral:

Anda TIDAK PERLU takut untuk GAGAL, kerana orang yang berjaya adalah orang yang banyak melalui kegagalan.

TETAPI dia tidak berputus asa. 

Ingat.! Orang yang paling sukar ditewaskan adalah orang yang TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA.Jangan MENYERAH KALAH SEBELUM nafas berakhir!

#KopipesTanpaPermit
#AyamMemangSedapDigoreng
#UtkMotivateDiriSendiriJuga

Madah 229-233

M 229
Pohon yang besar dan tinggi itu kalau dia tumbang atau jatuh, bunyinya kuat bergema satu kampong. Tetapi kalau pohon yang kecil lagi rendah tumbang bunyinya tidak kuat. Adakalanya tidak didengar. Begitulah pemimpin besar. Kalau dia jatuh dari jabatannya maka gemanya besar. Riuh rendah orang memperkatakannya. Seluruh negara bahkan seluruh dunia.

M 230
Setinggi-tinggi pohon ada ujungnya. Kalau memanjat pohon sampai ke ujungnya berhati-hatilah. Pada waktu itu tanda kita akan turun. Malah kita turun dengan cara biasa agar kita selamat. Jangan turun terjatuh karena tidak berhati-hati. Karena akan dapat memudaratkan. Begitulah seseorang jika naik menjadi pemimpin. Janganlah mentang-mentang sudah berkedudukan tinggi, kita sombong. Kita dapat berbuat apa saja. Kalaulah nanti sikap kita itu menjadi sebab kita jatuh, maka gemanya besar dan kita akan mendapat malu besar.

M 231
Kalau kita suka meminta-minta maka akan terjadi kepada kita berikut ini. Pertama: maruah kita akan jatuh. Kedua: hilang wibawa. Ketiga: orang kurang percaya kepada kita. Keempat: kalau orang tidak memberi kita akan kecewa atau hati kita cacat dengannya. Kelima: kita terhutang budi kepadanya. Keenam: kita akan menjadi orang yang malas bekerja. Ketujuh: hilang kemerdekaan kita. Kedelapan: kita tidak suka memberi, menghilangkan pahala. Kesembilan: kalau orang itu membuat salah kita menjadi serba salah untuk menasihatinya. Kesepuluh: kalau orang benci dengan sikap kita mereka tidak mau memberi lagi. Kita akan susah karena tidak bisa bekerja. Kesebelas: orang benci dengan kita.

M 232
Hendaklah kita menjadi orang yang pemurah dengan harta, tenaga, buah pikiran, kemesraan, waktu, nasehat, toleransi dan lapang dada.

M 233
Tidak pasti orang yang senang jiwanya tenang. Tidak pasti orang yang susah jiwanya parah. Mungkin juga orang yang senang tenang jiwanya. Begitu juga orang yang susah jiwanya parah. Semuanya ini bergantung kepada Iman dan ketakwaan seseorang itu.

Sikap Seorang Hamba Yang Baik

Bagaimana sikap seorang hamba yang sebaik-baikny
Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin
Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna
Atau merasakan waktu mengerjakannya di dalam derhaka
Oleh itu tentu dia merasa sentiasa sahaja berdosa selepas mengerjakan ibadahnya
Setiap lepas mengerjakan ibadah, hatinya sentiasa sedih dan susah
Sedih dia merasakan kerana derhaka kepada Allah di dalam ibadahnya
Setiap lepas beribadah dia pun memohon ampun kepada Tuhan
Hatinya menangis atau matanya menangis
Kerana itulah hamba ini dia lupakan sahaja ibadah dan amalan kebaikannya
Dia merasakan belum beribadah dan belum membuat kebaikan
Kalau dia terbuat dosa, aduh, terseksa jiwanya
Hatinya menderita setiap kali mengingatkan dosa-dosanya
Dengan dosa-dosanya tidak pernah dilupakannya
Bahkan dengan dosa-dosa itu selalu mengganggu fikirannya
Taubatnya kepada Allah Taala pun tidak pernah putus-putus
Untuk mengambus dosa-dosanya
Dia tambahkan lagi dengan berbagai-bagai bentuk kebaikan dan kebajikan
Moga-moga kebaikan itu boleh menghapuskan dosa-dosanya
Kerana terlalu bimbang dengan diri sendiri
Tidak sempat dia melihat kejahatan orang lain, apatah lagi untuk menyebutnya
Maka dia baik sangka sahaja dengan orang
Tetapi jahat sangka dengan diri sendiri
Begitulah sikap seorang hamba yang baik

UMAT MEMERLUKAN ULAMA'UL 'AMILIN.

"Saudara saudari pembaca,

Umat memerlukan ulama’ul ‘amilin, awliya yang muqorrobin dan masyaikh yang kamil demi memimpin tangan kita semua menuju kebahagiaan dunia dan keselamatan Akhirat.

Saya mohon pada semua, janganlah membenarkan siapa saja yang mahu memutuskan hubunganmu dengan Saiyidina wa Maulana Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang datang dengan berbagai cara di zaman ini seperti memutuskan hubungan kita dengan junjungan para awliya yang besar, para masyaikh yang kamil -semoga ALLAH meredhoi mereka sekalian-.

Bagimanakan mereka mengingkari Tasawuf sedang mereka tidak tahu apa itu tasawuf dan tidak merasainya sama sekali.

Bagimanakan mereka mengingkari Tasawuf sedang mereka tidak menuntut Tasawuf dari ahlinya bahkan mendengar tentangnya dari orang-orang sakit.

Bagimanakan mereka mengingkari Ilmu Tasawuf sedang mereka tidak kenal huruf-huruf Tasawuf, tidak kenal usulnya, tidak kenal cabangnya, tidak kenal kod-kodnya, tidak kenal perasaannya 
tidak kenal zauqnya, tidak kenal akhlaknya, tidak kenal adabnya, tidak kenal seninya, tidak kenal maksudnya, tidak kenal tujuannya, tidak kenal mujahadahnya, 
tidak kenal pengorbanannya, 
tidak kenal nasihatnya, tidak kenal hikmahnya, tidak kenal buahnya.

Saya mohon saudara-saudari fahami perkara ini masak-masak.
Pihak musuh tahu bahawa perbendaharaan kita, rahsia kekuatan dan kebangkitan kita ialah apabila kita bersambung nasab, berhubung dan terhubung dengan junjungan kita Saiyidina wa Maulana Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Kerana itu mereka melakukan segala yang mungkin demi memutuskan hubungan ini supaya kita tidak punya lagi pemimpin, tidak punya lagi Imam yang sifatnya basyir dan nadzir, kita tidak punya lagi madad (bantuan rohani) dan hubungan sama sekali.

Natijah paling segera, jalan termudah dan kesan paling kuatnya ialah apabila mereka memutuskan hubungan kita dengan ahlis sanad yang merupakan golongan sufi yang muhaqqiqin para masyaikh yang kamil sempurna lagi menyempurnakan.

Caranya; melempar berbagai warna tuduhan, memalsukan perkataan itu dan ini yang menyalahi zahir syarak keatas golongan sufi supaya masyarakat lari dari ahli makarimul akhlak dan para ulama robbani kalangan ahli sufi yang muhaqqiqin.

Demikian juga merekrut golongan pengkhianat dan mata-mata gelap ke dalam golongan sufi yang benar, menzahirkan para syeikh pendusta yang mendakwa dakwi dan para tok guru upahan lagi dajal. Kerana sebelum kemunculan Dajjal Al-Akbar menjadi kemestian bahawa dia didahului oleh kumpulan dajal-dajal kecil yang membuka jalan untuknya dengan cara menzahirkan kebatilan dalam rupa kebenaran. Sememangnya kalimat dajal itu bererti merupakan kebatilan dalam gambaran kebenaran.

Lalu pihak musuh pun memberi propaganda besar-besaran kepada pihak mereka; publisiti meluas di tiap peringkat dan media massa, dan semua pun memberi dokongan kepada pihak mereka kerana pihak inilah contoh ikutan dan yang lain semua ahli neraka… bahawa lagi pihak inilah yang membawa aqidah murni dan tulen serta tauhid yang soheh".

Petikan dari artikel Syeikh Dr Mahmoud MrGlani diFB bertarikh 19 May 2012.

dulu ku sangka rezeki....

Dulu... saya sangkakan, rezeki itu bila dapat menghasilkan wang, urusan pekerjaan lancar, banyak duit simpanan, banyak harta. 

Setelah mencari2 apa makna rezeki dalam Islam (sesuai yang tertera dalam alquran dan hadis), ternyata saya salah besar. 

Ternyata, 
▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke Majlis Ilmu, itu adalah rezeki

▪Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjamaah di Masjid, adalah rezeki.

▪Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki.

▪Ada rakan2 yang soleh/& solehah dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

▪Saat keadaan sukar penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika keadaan sebaliknya, boleh membuat kita kufur, sombong, bahkan lupa diri.

▪Punya ibu bapa yang selalu sakit adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga.

▪Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.

▪Dan mungkin ada jutaan bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari.

Justeru yang harus kita waspada adalah ketika hidup kita penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.
Muhasabah diri ini...

Madah 224-228

M 224
Pertengkaran dan pergeseran yang terjadi setiap hari didalam masyarakat manusia, lebih banyak disebabkan oleh kepentingan pribadi dan hasad dengki. Lebih daripada disebabkan karena berlainan ideologi, mazhab, atau kaum dan agama.

M 225
Ilmu psikologi didalam Islam yang sebenarnya ialah ilmu tasawuf. Karena ia benar-benar dapat menilai pikiran, nafsu dan jiwa atau hati manusia. Sehingga dengan itu mudah untuk memperbaiki manusia.

M 226
Kalau ada satu golongan umat Islam atau satu kaum diantara umat Islam, dimana kecemerlangan akhlak mereka semakin meningkat. Semakin lama semakin terserlah. Semakin lama semakin indah. Tanda kaum itu dalam jangka waktu yang panjang akan menguasai dunia. Sementara kalau umat Islam itu kemajuan dan pembangunannya bertambah pesat. Tetapi akhlaknya semakin menurun dan gejala masyarakat semakin bejat. Maka tandanya bangsa itu akan hancur atau rusak.

M 227
Hari ini kita hidup didalam keadaan serba salah. Akan menyendiri susah juga karena tidak ada orang yang tidak memerlukan orang lain. Akan bermasyarakat susah juga. Karena kalau kita tidak melalaikan mereka maka meraka yang melalaikan kita. Kalau kita tidak mengata orang maka kita mendengar orang lain mengata. Jadi kita juga sama-sama berdosa. Kalau kita beribadah lebih, dikatakan kita menunjuk-nunjuk. Kalau kita tidak menambah ibadah maka kita berlalai-lalai.

M 228
Kita hamba Allah swt ini haruslah selalu menyesal. Lebih-lebih lagi pada waktu bersalah. Mengeluhlah selalu karena nasib kita belum tahu. Merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita. Mengakulah lemah di hadapan Allah swt sekalipun kita serba ada. Menangislah selalu karena kita tidak dapat menghindar dari dosa. Semoga dengan cara ini Allah swt Merahmati kita.

Sifat Taqwa Aset Maknawi Ke Akhirat

Bertaubat mengembalikan kebersihan maknawi dan rohani jasad daripada najis maknawi dan rohani yg tidak dapat dilihat
Najis yang tidak nampak dipandang oleh mata lahir tapi bahaya
Kembali bersih Tuhan kasih
Kalau kotor lagi, bersihkan lagi dengan bertaubat
Ketentuan Tuhan kepada kita kenalah redha
Redha ertinya boleh menerima dengan senang hati, tidak sedikit pun sakit hati
Di situlah keredhaan Tuhan
Redha Tuhan sangat mahalnya
Bukan senang hendak mendapatkan keredhaan Tuhan di dalam kehidupan
Sabar ertinya tahan menderita menerima ujian daripada Tuhan daripada sebarang yang kita tidak suka
Sekalipun terasa sakit dan peritnya perasaan, namun tidak sampai keluh-kesah dan hilang pertimbangan
Kita tetap tenang di samping mengingatkan dosa-dosa, mengapa Tuhan menghukum kita dengan kesusahan
Sabar juga adalah kasih sayang Tuhan pada hamba-hamba-Nya
Pahalanya juga besar kerana diberi ganjaran tanpa hisab
Mengorbankan hak kita kerana Tuhan di situlah pahala dan keredhaan-Nya
Biasanya hak selalu sahaja manusia pertahankan
Mempertahankan hak selalu sahaja menjadi masalah kepada manusia di dalam kehidupan
Kerana hak selalu sahaja berlaku perselisihan dan pergaduhan
Ada orang korbankan hak
Di situlah keredhaan Tuhan sedangkan orang lain pertahankan
Seperti hak masa, hak harta, hak tenaga, hak giliran, hak perasaan
Seberapa banyak hak seseorang yang sanggup dikorbankan,
Itu adalah manusia luarbiasa, wira di dalam pandangan Tuhan, bukan manusia
Korbankan hak adalah sifat bertolak ansur
Korbankan hak ada unsur-unsur berlapang dada dan jiwa terbuka
Korbankan hak memberi manusia atau orang lain gembira
Korbankan hak ramai orang yang senang dan suka
Orang yang sanggup korbankan hak, orang yang tidak ada kepentingan peribadi di dunia
Korbankan hak boleh melahirkan kasih sayang sesama manusia
Alangkah besar pahala orang yang sanggup mengorbankan hak-haknya
Mujahadah adalah sifat yang Tuhan suka
Mujahadah itu terseksa kerana Tuhannya
Terseksa kerana memaksa diri dan perasaan membuat yang dia tidak suka kerana Tuhan mencintainya
Terseksa kerana memaksa diri dan perasaannya meninggalkan apa yang dia suka kerana keredhaan Tuhannya
Bermujahadah Tuhan akan tunjukkan jalan-jalan kebaikan kepada hamba-hamba-Nya
Bermujahadah dianggap orang yang membuat baik,
Tuhan suka orang yang membuat baik
Bermujahadah ertinya sanggup melawan hawa nafsu
Sedangkan orang lain tidak mampu melakukan
Bermujahadah adalah satu gelanggang perjuangan yang lebih besar  
Sekalipun ruang lingkupnya sempit daripada berjuang melawan musuh lahirnya
Bermujahadah melawan nafsu ramai orang yang gagal sekalipun para pemimpin dan ulama
Kerana itulah orang yang kuat bermujahadah adalah wira Tuhan, bukan wira bangsa
Tapi tidak glamor, tidak ada nama kerana manusia tidak tahu, hanya Tuhannya
Siapa yang hendak menjadi wira Tuhan, bersungguh-sungguhlah melawan hawa nafsunya
Dia adalah wira Akhirat, bukan wira dunia
Segala yang telah disebutkan tadi ia adalah sebahagian sifat taqwa
Sifat taqwa adalah harta benda, kekayaan, aset yang bersifat maknawi dan rohani untuk bekalan di Akhirat sana

Sekianlah adanya

11 BERITA BEST UNTUK KAKI MASJID

"Kalau kakimu tidak membawamu kemasjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam Whatsapp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

PERKARA BIASA DALAM BISNEs

Dlm hidup nie kita akan sentiasa di kelilingi oleh manusia yg akan menjatuhkan SEMANGAT kita & cuba menghancurkan IMPIAN-IMPIAN kita..

"Elelelehhh.. Ko tak payah lah buat bisnes.. confirm rugi!"

"Elelelehhh..Yela tu nak buat bisnes.. mcm la aku xtau perangai ko dulu mcm apa.."

"Elelelehhh..Ko buat lah dulu.. dah berjaya nanti aku join.."

"Eleehhhh.. poyo la tu buat bisnes.. OKB la skrg? Haha.."

"Apa khabar jutawan? Haha.."

"Eh bila nak pakai BMW?? Kata businessman berjaya!"

"Eh orang kaya.. bila nak open table..??"

Sakit hati tak..?? Kena plk yg ckp tu kwn baik sendiri yg dulu time susah kita yg tolong.. kena plk adik bradik sendiri yg perli..?? Tak berdarah telinga tak berasap ponggong..??

Apa perlu kita buat..?? Biarkan mereka.. maafkan mereka.. pekakkan telinga.. teruskan perjuangan mu sayang.. Sentiasa berdamping dengan orang berjaya.. jgn sesekali menyendiri.. bila semangat down cepat2 hubungi leader @ mentor.. ingat muka mak ayah di kampung yg sedang menunggu kejayaan kita.. tengok balik ALBUM IMPIAN kita yg belum kita capai..

Kuatkan semangat.. berdoa banyak2.. dekatkan diri pd Allah.. jaga solat 5 waktu.. amalkan solat sunat Dhuha utk dilimpahi rezeki.. sentiasa berzikir selepas solat.. banyakkan bersedekah..

BUATLAH.. jgn persoalkan lagi.. inilah petua DILIMPAHI REZEKI.. tiada jalan mudah utk BERJAYA..

Tujuan Ibadah Mendapat Tuhan

Tujuan ibadah fardhu dan sunat hendak mendapatkan Tuhan
Dari ibadah hendak menyuburkan takut dan cintakan Tuhan
Dari situ akan sentiasa hidup rasa bertuhan ini di dalam jiwa di dalam kehidupan
Di mana pergi teringat-ingatkan sahaja Tuhan di dalam jiwa
Rasa bertuhan itulah jiwa mempunyai kekuatan
Kekuatan jiwa itulah yang dikatakan jati diri pada hamba Tuhan
Ia menjadi baju besi rohani dan maknawi agar perkara yang negatif pada pandangan, pendengaran dan fikiran di dalam khidupan, jiwa tidak dirosakkan
Jiwa yang tidak  dirosakkan oleh keadaan kehidupan tidak merosakkan akhlak insan
Akhlak yang mulia itu ia adalah hiburan
Hibur-menghiburkan sesama insan atau sesama hamba Tuhan
Ada orang beribadah ia dapatkan dirinya sendiri
Dia rasa senang dengan ibadahnya dan rasa selamat kerana ibadahnya
Dia pun merasanya orang baik dan nampak orang lain jelik
Dia rasa mendapat pahala, dan merasakan dia orang luar biasa
Megah pun datang dengan ibadahnya,  
Sombong tiba kerana ibadahnya
Rupanya ada orang beribadah, ibadahnya sudah terpesong
Tujuan ibadah untuk mendapat Tuhan
Takutkan  Tuhan, cintakan-Nya hingga rasa bertuhan subur di dalam jiwa
Side effectnya rasa hambanya pun subur di jiwa
Rasa hina, rasa malu, rasa lemah, rasa harap kepada Tuhannya
Tapi dia dapatkan dirinya sendiri, 
Dia rasa bangga dapat pahala
Ibadahnya menghilangkan rasa bertuhannya, 
Ibadahnya merasakan dia bangga
Maka dia tertipu dengan ibadahnya
Bahkan dia tidak terasa lagi berdosa
Begitulah orang yang beribadah jahil tentang Tuhannya
Jahil memahami konsep ibadah
Maka ibadahnya menjadi bala kepadanya
Orang beribadah beginilah yang masuk Neraka bukan ke Syurga
Wal iyazubillah  
Orang beribadah  taraf itulah banyak terjadi di akhir zaman
Kerana itulah ahli ibadah di zaman ini tidak ada kesannya di dalam kehidupan
 
Kalau kamu sudah terkenal

Kalau kamu sudah terkenal
Jangan lupa asal-usulmu
Kalau kamu sudah masyhur
Jangan lupa siapa yang mengajarmu

Kalau kamu sudah terkenal
Ada orang berjasa padamu
Ingat-ingatlah mereka
Jangan lupa siapa dirimu

Kalau kamu ada nama
Orang terpesona denganmu
Jangan sampai ingin dipuja
Jangan sampai ingin glamor

Kalau kamu popular
Syukurlah kepada Tuhanmu
Kalau kamu dipuja
Tanamkanlah rasa malu

Ingatlah Allah yang mentadbirnya
Yang mentadbir segala-galanya
Begitu juga kemasyhuranmu
Ada sebab-sebabnya

Ingatlah selalu dimana kamu berada
Kamu selalu di bumi Tuhan
Di mana saja kamu
Yang menaungi adalah langitNya

Engkau hirup udaraNya
Engkau bercahaya dari matahariNya
Engkau bermandi dengan cahaya sang rembulanNya

Kalau engkau sedari ini
Sifat sombong hilang padamu
Ingatlah selalu nikmat Tuhan
Engkau sedar siapa dirimu

Orang yang tidak bersyukur kepada Tuhan
Satu masa nanti
Allah cabut nikmat darinya

MADAH 194-198

M 194
Orang yang berilmu haruslah mengamalkannya, merendah diri, kasihan dengan orang yang jahil, menyampaikan, bertanggungjawab dan sabar. Orang yang kaya haruslah merendah diri, pemurah, kasihan dengan fakir miskin dan bertanggungjawab. Pemimpin haruslah adil, penyayang, merendah diri, bertanggungjawab dan sabar.

M 195
Alangkah indah dunia ini. Allah swt disembah bagaikan bunga di taman. Kemajuan merata di seluruh bumi. Ke mana saja pergi didalam keamanan. Manusia senang menerima tetamu, bahkan menjadi rebutan.

M 196
Seseorang yang cerdik dan pandai tetapi jiwanya rusak. Yaitu dirusakkan oleh sifat sombong, megah, pemarah, dendam, hasad, tamak, bakhil dan ingin pujian. Maka kerusakan yang dibuat lebih banyak daripada kebaikan. Tetapi kebanyakan orang tidak nampak karena dia melakukannya dengan penuh bijaksana. Orang yang cerdik dan pandai saja yang dapat melihatnya.

M 197
Bunga yang palsu nampak lahiriahnya lebih cantik dan lama umurnya daripada bunga asli. Tetapi manusia tidak dapat merasakan keharumannya. Selain itu tidak dapat memberi oksigen kepada manusia. Bunga yang asli walaupun pendek umurnya tetapi baunya harum. Selain itu mempunyai oksigen untuk memberi manfaat kepada manusia.

M 198
Perpaduan yang diikat oleh agama lebih kuat daripada perpaduan yang diikat oleh ideologi, ikatan darah, ikatan ekonomi atau ikatan senasib. Oleh karena itu umat Islam kalau mau perpaduannya kuat maka jadikanlah Islam sebagai pengikat.

anak group A dan B

Zaman dulu, *ibu bapa yang kurang berpendidikan tinggi/ kurang berpendidikan* melahirkan
🔹Doktor
🔹Jurutera
🔹 Saintis
🔹 Akauntan
🔹 Peguam
🔹 Arkitek
🔹 Profesor 
 yang dikategorikan sebagai *Group 'A'*. 

Anak anak *Group 'A'* ini berusaha keras (atas usaha sendiri), selepas Darjah 6 atau Tingkatan 6 untuk berjaya. 

Kebanyakan mereka 
👉berkaki ayam ke sekolah
👉membantu ibu bapa di kebun
👉mengangkat air (tiada bekalan air paip) dan mencari kayu api (tiada kemudahan dapur gas) 
👉membantu ibu bapa membela/ menternak haiwan ternakan
👉ada yang berniaga selepas waktu sekolah 

Kini,  Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, melahirkan anak anak *Group B*.

Anak anak Group B adalah
🔹dimanjakan
🔹 dibantu untuk menyudahkan kerja sekolah (baik dari tadika hingga ke sekolah menengah hatta di peringkat Universiti)
 🔹dihantar ke sekolah sekolah mahal atau ke luar negara 
🔹mereka boleh menonton rancangan kegemaran sebaik lepas waktu sekolah/ cuti sekolah
🔹 dilayan bagai raja dan permaisuri 
🔹mereka tak buat kerja kerja rumah/ tak bantu ibu bapa di rumah
🔹Makanan dihidang untuk mereka 
🔹Pinggan mangkuk mereka selepas makan pun dibersihkan ibu bapa/ Bibik 
🔹Mereka dimewahkan dengan kereta mewah dan pakaian berjenama 
🔹Dan duit poket!  
🔹Ibu bapa bantu mereka untuk menyiapkan tugasan 

🤔 Sayangnya, cuma segelintir dari anak anak Group B ini yang boleh 'bertutur' atau 'menulis' dalam ertikata sebenar. 😏

🤔Ibu bapa Group 'A' mengambil berat tentang ibu bapa dan anak anak mereka. 

TETAPI

Situasi bagi ibu bapa Group 'B', anak anak mereka masih terkapai kapai untuk berdikari walau usia sudah mencecah 30-an‼️

🤔Anak anak ini sukar untuk berdikari akibat terlalu banyak dimuakan dengan bantuan ibu bapa hatta ke tahap berfikir.

Jadi, mereka tidak dapat membantu diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, apatah lagi masyarakat sekeliling.

Mereka tergamak mengabaikan ibu bapa sendiri dalam mengejar impian hidup.

😴 *Anda dalam Group mana*❓
🏮Kurangkan manjakan/ memberi bantuan yang kurang perlu pada anak anak. 

🏮 Didik anak anak membesar dengan matang, bijak, yakin dan ada kekuatan kendiri. 

🏮Didik anak anak hadapi kenyataan hidup dan menjadi insan bertanggungjawab.  

Didik anak anak  :-
👉agungkan kebesaran Allah
👉hormati diri sendiri dan orang lain
👉 bina keyakinan kendiri 

Untuk saya dan ibu bapa lain, jom kita displinkan anak anak kita untuk jadi insan yang berdisplin dan berguna, bak kata orang dulu dulu, biar JADI ORANG‼️ Hidup jangan menyusahkan orang‼️

Semoga kita semua dirahmatiNya.

#untukrenungan
#peringatandiri

Bumi Tuhan... Bersaksilah