Yakin Dan Keyakinan Seseorang



Yakin satu perkara yang susah menjadi pegangan hati dan perasaan
Atas dasar ilmu mudah percaya, atas dasar jiwa dan perasaan susah hendak menerimanya
Percaya perkara asas, 
Yakin adalah perkara penghayatan dan perasaan yang tidak ada bimbang, senang sahaja menerimanya
Sebagai contoh, Tuhan suruh yakin bahawa rezeki di tangan-Nya,
Dalam masa yang sama disuruh berusaha
Yakin adalah sebahagian aqidah, berusaha sebahagian daripada syariat
Tuhan memberi bekas, berusaha walaupun diperintah, tapi tidak memberi bekas
Bukan senang hendak membuang perasaan rezeki bukan dari usaha, tapi dari Tuhan
Kita nampak usaha juga memberi bekas, bukan Tuhan
Syirik khafilah kita kerananya
Cuba lihat, susahnya hendak yakin
Atas dasar ilmu boleh terima,atas dasar penghayatan, sulit menerimanya
Contoh lagi, atas dasar taqwa, Tuhan bantu kita 90%,
Atas dasar usaha yang halal 10% sahaja
Oleh itu rebutlah taqwa untuk dapat pertolongan Tuhan 90%
Usaha 10% hanya sebagai syariat sahaja 
Atau sebagai usaha, tidak boleh diabaikan
Bukan senang hendak mengutamakan taqwa, memperkecilkan usaha kita
Selalunya hati berkata, usahalah yang sebenarnya kejayaan kita, bukan taqwa
Usaha lebih besar daripada taqwa
Usaha lebih penting daripada taqwa
Padahal taqwa usaha juga namanya, tapi usaha batin
Taqwa bukan sahaja dipandang kecil 
Tapi ternafi terus daripada perasaan
Sungguh susah hendak yakin mengikut ajaran Tuhan
Contoh lain, Tuhan memberi kemenangan dan kejayaan di dalam pejuangan atas dasar taqwa sekalipun tidak ramai
Tapi bagi umat Islam yang berjuang masih berfikir ramai pengikut sekalipun tidak ada kualiti
Walaupun sudah terbukti, bahawa ramai masih tidak menang dan tidak ada kejayaan hingga sekarang
Tapi hendak ubah sikap dan keyakinan bahawa biarlah sedikit tapi matang Tuhan akan beri kemenangan dan kejayaan, hati payah menerimanya
Padahal umat Islam hina di masa ramailah
Jelas sekali kemenangan di tangan pejuang-pejuang yang sedikit tapi bertaqwa,
Sejarah telah membuktikan
Walaupun begitu, susah hendak yakin di dalam hati
Namun logik masih menghantui fikiran
Kita bagi contoh lain untuk lebih meyakinkan
Kecundangnya umat Islam di dalam apa perjuangan adalah kerana dosa
Oleh itu untuk kejayaan dan kemenangan, bersihkan dosa dan bertaubat segera
Umat Islam payah mahu menerima konsep ini
Kerana hendak berjaya dan menang tidak fikir dosa bahkan buat dosa
Kalau kita cerdik, tahu atas dasar ilmu, mungkin umat Islam tidak tolak
Tapi hendak yakin tidak, hati hendak menerima, berdolak-dalik sahaja
Jelaslah yakin satu perkara yang susah, 
Sekadar percaya bolehlah
Kalau begitu apa yang berlaku kepada umum umat Islam?
Yang berlaku masih ramai umat Islam yang syirik khafi di dalam aqidah 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah