Saranan hendaklah takut kepada Tuhan selalu sahaja di dalam ceramah-ceramah,
Di atas mimbar hari Jumaat ketika khutbah
Hati tidak juga terasa, biasa aja
Ketika Allah disebut, hati tidak terasa apa-apa
Takut tidak juga membara
Tapi apabila teringat sahaja peperiksaan akan tiba, bimbang menerpa
Selepas periksa, bimbang lagi,
Takut keputusan tiada berjaya
Bila hendak bertemu bos, hati gementar
Bila bertemu, lebih-lebih lagi gementar
Bila ditanya oleh bos, gugup-gugup sahaja
Dengan bini yang cerewet dan membebel
tidak jemu-jemunya,
Si suami bila balik, jantung berdenyut, hati bergelombang, takut ditanya
Silap-silap jawab, tengking herdik yang diterima
Sumpah serapah mesti kena
Apatah lagi ketua negara
Bila berada dengan orang-orang pentingnya,
Tidak ada yang sanggup berkata
Kalaupun berkata, gugup-gugup aja
Bos mereka bila berkata, semua mereka angguk-angguk setuju aja
Walaupun hati belum tahu
Walaupun ada yang tidak setuju,
Semuanya membisu
Kalau diberi pandangan sebaliknya,
Takut jawatan yang ada terancam
Tumpah pula periuk nasi
Padahal Allah selalu mengancam dan mengugut
Memberi amaran dan ingatan dengan azab yang dahsyat
Dengar, macam tidak dengar
Tahu, macam tak tahu
Percaya, macam tidak percaya
Justeru tidak terasa apa-apa
Tidak tergugat pun jiwa
Tidak gerun, tidak gentar
Perasaan hati biasa sahaja
Begitulah manusia banyak sangat yang ditakutinya
Namun begitu takutkan Allah, tidak juga terasa
No comments:
Post a Comment