Madah baru 58


*M341*
Tidak mesti sesuatu kerja itu apabila berjaya ia diredhai,dan tidak mesti pula sesuatu kerja itu, apabila gagal dimurkai,yang penting kerja itu mengikut syariat,dan diniatkan kerana Allah,Insya Allah ia diredhai.

*M342*
Ada orang sukses lantang suaranya didalam bermacam-macam isu, apabila ada kuasa atau bersandar kepada yang berkuasa orang yang tidak faham menyangka mereka berani atau wira.

*M343*
Mengapa umat Islam hari ini tidak berdaulat, lebih-lebih lagi tidak boleh jadi empayar padahal umat Islam berselerak di muka bumi mencari ilmu, sekarang sudah banyak yang pandai-pandai.Dahulu umat Islam berselerak,mengembara keluar negara kerana mencari Allah, sekarang umat Islam mengembara merata dunia mencari rezeki.

*M344*
Untuk mendaulatkan Islam didalam sesebuah negara oleh sebuah empayar bukan semua pemimpin dan pengikut boleh buat,ia memerlukan para pemimpin yang di pilih oleh Allah seperti Rasulullah Saw, Khulafaur Rasyidin, Umar Ibnu Azis, Muhammad Al Fateh.Selain itu hanya boleh berbuat disudut-sudut tertentu sahaja, seperti ibadah-ibadah khusus.Di akhir Zaman nanti sekali lagi berlaku iaitu yang dipimpin oleh Imamul Mahdi ra.

*M345*
Untuk mendaulatkan Islam, kesadaran sahaja dengan Islam tidak cukup, memerlukan ilmu, ilmu hafalan tidak cukup, memerlukan fahaman, fahaman sahaja tidak cukup, memerlukan penghayatan, penghayatan pun tidak cukup,ia memerlukan amalan, amalan sahaja tidak cukup,ia memerlukan perjuangan, perjuangan pun tidak cukup, ia memerlukan strategi, disiplin dan kegigihan, seterusnya memerlukan kepimpinan dan keikhlasan yang berterusan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah