*M381*
Warisan peninggalan para raja-raja, kaisar, pembesar mudah ditiru dan dicontohi tapi warisan dan peninggalan para rasul dan nabi-nabi susah ditiru dan dicontohi.
*M382*
Seorang pemimpin atau ibu bapa yang luar biasa itu orang yang bukan sekadar pandai memberi makan tapi pandai mendidik seseorang itu menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kalau sekadar pandai memberi makan binatang juga pandai memberi makan kepada anaknya.
*M383*
Gambarkanlah kalau orang yang berkuasa tiada taqwanya, tentu bertindak sesuka hati, yang bersenjata tentu menyalah guna, yang berilmu tentu menjadi kilangnya, yang mentadbir tentu salah tadbir, rakyat jelata tentu menderhaka, ulama memberi fatwa mengikut seleranya, apakah boleh lahir masyarakat yang harmoni.
*M384*
Di antara tabiat para ulama dan pemimpin, di waktu orang sudah tidak lagi memberi ketaatan kepada mereka, cuma mereka ditakuti mereka akan menuduh lah golongan yang masih taat dengan pemimpin, juga fanatik kepada perjuangan Islam melarang fanatik kepada pemimpin, sebenarnya hati kecil masing-masing ingin dan senang ditaati, kerana sekali sekala berlaku kesalahan dan kesilapan,seperti rasuah, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain, ada golongan yang masih mentaatinya elok pula tidak kedengaran mengatakan juga fanatik sudah nyata pemimpin bersalah masih hendak di patuhi lagi.
*M385*
Kalaulah setiap mubaligh atau guru, merasa apa yang hendak disampaikan kepada manusia itu, di pihak tuhan untuk Tuhan sudah tentu dia rasa malu,takut, bimbang dalam menyampaikan, sudah tentu jauh sekali, diwaktu itu pengajarannya akan jatuh ke hati manusia, bukan ke lidah manusia.
No comments:
Post a Comment