Sifat Orang Mukmin



Sifat orang mukmin taat dan patuh perintah Allah
Sama ada perintah suruh atau perintah larangan, tidak ada masalah
Kalau dia lemah mengamalkan, dia bertaubat kepada Allah
Namun menyanggah atau menentang tidak pernah
Kalau ada orang yang mampu berbuat, dia ucap tahniah
Dia rasa sedih lemah ikut perintah
Dia tidak akan bermusuh dengan orang yang taat dan patuh
Dia tidak menentang, kerana takut jatuh kepada sifat nifaq yang dimarah
Orang mukmin hatinya sentiasa dengan Allah
Dia rasa bahagia jika dapat ikut perintah Allah
Jika terbuat salah, aduh hatinya derita parah
Dia cepat-cepat bertaubat dan membuat baik tanpa lengah
Sifat orang mukmin menerima hukum tidak ada pilih-pilih
Hatinya sentiasa berkata sam'an wa to'atan
Jika dia cuai, cepat-cepat bertaubat dan mengaku lemah
Penyesalannya dan sedihnya tidak berkesudahan di dalam ingatan
Begitulah sifat orang mukmin 
Hatinya murni dengan Allah
Kelemahannya dia menyesal, sentiasa bertaubat dengan Allah
Berdalih-dalih dan banyak soal tidak berlaku terhadap perintah
Dia sentiasa bersangka baik dengan Allah yang Maha Pemurah

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah