Madah Baru 53



*M311*
Kalau seseorang itu samaada lelaki mahupun perempuan,selalu saja memandang lelaki,atau perempuan ajnabi, satu Allah akan bala'kan kepadanya ialah akan merasakan istri atau suami sendiri sudah tidak menarik lagi, kenalah jaga mata.

*M312*
Bagaimanalah hendak mendapat ketenangan dan kebahagiaan, di pejabat selalu kena marah oleh bos,di rumah selalu kena leter oleh istri, anak-anak pula macam-macam  karenah, didalam perjalanan pula berhadapan dengan pemandu-pemandu yang tidak bertimbang rasa. Hidup berjiran nafsi-nafsi, ada masalah tidak ada tempat mengadu, sahabat-sahabat sudah tidak ada,  yang ada hanya kenalan,iman lemah pula, justru itu uban cepat tumbuh di kepala atau cepat tua sebelum masanya.

*M313*
Kalaulah suami  istri berkahwin kerana nafsu, bukan kerana hendak membangunkan generasi penyambung lidah nabi, biasanya bila kemahuan nafsu satu sama lain sudah tiada,  selalunya berlaku perceraian kalau tidak berlaku kerana keadaan tidak membenarkan, keluarga itu akan hidup Terombang-ambing tidak menentu.

*M314*
Kalaulah membenteras gejala masyarakat amat susah, lebih-lebih lagi membenteras gejala-gejala hati justru gejala masyarakat berpunca dari hati.

*M315*
Gejala masyarakat boleh dibenteras dengan peraturan, undang-undang dan hukuman dan didikan, dengan cara menambah iman dan sifat taqwa ia memerlukan latihan dan pimpinan dari seorang guru yang bertaqwa.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah