Masuk jemaah bukan hendak mencari kepentingan diri
Datang ke jemaah dengan tujuan hendak membaiki diri
Seorang diri tidak mungkin boleh baiki diri sendiri
Di dalam jemaah, mursyid yang memberi ilmu dan mendidik diri
Tuhan menyuruh mesti berada di dalam jemaah,
Ia adalah Sunnah Nabi
Ia boleh membawa rahmat, boleh berkubu membenteng diri
Tidak ada jemaah macam kambing, mudah ditangkap oleh serigala jika bersendiri
Berada di dalam jemaah adalah diwajibkan oleh Tuhan dan Nabi
Tuhan tidak membenarkan umat Islam hidup sendiri-sendiri
Setidak-tidaknya di dalam jemaah ada perpaduan lahir sekalipun belum perpaduan hati
Lama-lama, perlahan-lahan setelah ada ilmu, sesudah di hati, terjadilah kesatuan hati
Kerana itulah masuk jemaah bukan hendak mencari kesalahan orang
Masuk jemaah kerana mudah mencari kesalahan sendiri untuk dibaiki
Di dalam jemaah ada mursyid memerhati, ada kawan-kawan yang menasihati
Mudahlah membaiki diri dan meningkatkan kualiti diri
Kalau ada kelemahan kawan di dalam jemaah bukan hendak mengata dan mencaci
Mereka juga macam kita juga
Ada mempunyai kelemahan yang tersendiri
Kalau boleh dan mampu, bolehlah menasihati bukan mencaci
Jika tidak mampu, doakan mereka mendapat hidayah
Begitulah kalau orang ikhlas dengan Tuhan dan Nabi
Di dalam jemaah takkan tidak ada sedikit-sedikit pun kelemahan-kelemahan ahli, bahkan pemimpin juga
Kerana jemaah itu bukan jemaah Nabi dan Sahabat atau murid-murid Nabi
Kita meminta jangan ada ahli-ahli mempunyai kelemahan peribadi
Apakah kita mampu membaiki seratus peratus peribadi dan kelemahan diri?
Sebenarnya kita kurang nampak kesalahan sendiri kerana tidak muhasabah diri
Kalaupun muhasabah diri, ilmu kita tidak cukup menyuluh diri
Apabila ilmu kita tidak cukup, kita sangka sudah membaiki diri
Orang yang baiki diri makin muhasabah, makin membaiki diri, makin nampak kesalahan diri
Kerana itulah orang bertaqwa itu di sisi Tuhan, dia anggap dirinya jahat
Makin membaiki diri makin nampak jahat diri
Di dalam merasakan diri lemah dan tidak baik, kemudian mati
Itulah di antara caranya orang mati yang bertaqwa
Kalau orang rasa dirinya baik, kalau dia bertaqwa pun ditarik balik
Tolonglah ambil ingatan, jangan menipu diri
Rasulullah kalau ditanyakan dirinya, dia adalah orang paling jahat
Jika ditanyakan kepadanya apa kata Tuhan terhadapnya, barulah dia berkata
"Tuhan kata saya orang yang terbaik di dunia"
Rujuk pada diri dianggap orang yang terjahat
Kalau rujuk kepada Tuhannya, dia akan mengatakan saya orang yang terbaik
No comments:
Post a Comment