Umat Islam hari ini sudah tidak pandai lagi hendak mencari kemenangan
Mereka sudah tidak tahu
Bagaimana hendak mendapat bantuan Tuhan
Umat Islam berfikir, bantuan dan kemenangan itu dengan ilmu dunia dan membuat kemajuan
Berusaha bersungguh-sungguh menggunakan akal fikiran macam orang bukan Islam
Islam memandang usaha lahir itu hanya sampingan, bukan kewajipan
Ada yang lebih penting dari itu
Untuk mendapat kemenangan bahkan keredhaan
Jadikan Tuhan sebagai kawan dan bawa Ia ke mana-mana
Menjadi orang yang bertaqwa setiap masa dan waktu
Membaiki diri dengan membetulkan sembahyang lima waktu
Serius menjauhi dosa dan membersihkan jiwa dari mazmumah
Berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu
Inilah dia senjata umat Islam
Yang tersirat dan tersembunyi
Yang diabaikan oleh umat Islam seluruh dunia sekalipun ulama-ulamanya
Senjata yang tersirat itulah yang paling tajam
Senjata yang tersembunyi itulah yang paling ampuh untuk mengalahkan musuh-musuhnya
Senjata lahir yang diusahakan oleh umat Islam sama seperti yang ada pada musuh
Bahkan senjata yang ada pada musuh umat Islam tidak boleh menandinginya
Kerana kita juga berguru dengan musuh Islam
Lantaran itu hingga hari ini,
Kemenangan dan bantuan belum lagi datang
Kerana kita masih bersandar dengan musuh
Hendak melawan musuh
Tetapi senjata yang tersirat dan tersembunyi itu tidak ada pada musuh
Senjata itu kita dapat direct dari Tuhan
Jika kita memilikinya, ertinya kita menjadi orang Tuhan
Bila jadi orang Tuhan, kita dapat pembelaan dari Tuhan yang Esa
Tuhan bila-bila masa sahaja boleh mengalahkan musuh-musuh
No comments:
Post a Comment