SIFAT TAQWA



Engkau bersembahyang tidak semestinya engkau sembahyang
Kalau bukan sembahyang, ertinya bukanlah ibadah namanya
Lahir adalah rangka, khusyuk adalah roh atau jiwanya
Tidak khusyuk ibadah, ibadah bangkai namanya
Kalau ibadah bangkai apakah Tuhan terima?
Engkau bekerja apakah hendak menambah taqwa?
Atau engkau bekerja hanya semata-mata menambah gaji?
Kalau semata-mata jadi gaji, akhirnya jadi najis atau jadi barang yang buruk sahaja
Sifat taqwa itu adalah di atas kerja dan usaha
Untung dunia, ia terjadi dengan sendirinya
Selama mana kita bekerja dan berusaha, memang ada hasilnya
Kalau ia dibagi roh atau jiwa, alangkah baiknya
Ia menghasilkan sifat taqwa
Itulah bekalan ke Akhirat sana
Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri di atas kerja dan usaha
Rohnya itu adalah kerana keredhaan Allah
Jiwanya itu adalah kerana niat berkhidmat kepada manusia
Kerana memudahkan manusia, membantu manusia di dalam kehidupannya
Menolong memudahkan kehidupan mereka
Dengan adanya usaha-usaha dan kerja-kerja kita itu, kalau niatnya betul dapat pahala, itulah taqwa namanya
Apakah kita berusaha dan bekerja ada niat kerana Allah, dan utk berkhidmat kepada hamba-hamba-Nya?
Apakah kita berusaha dan bekerja semata-mata kerana hendak hidup semata-mata?
Di sana ada gaji atau upah, atau ada hasil yang kita perolehi?
Hasil dari usaha tidak payah diniatkan 
Ia biasanya terjadi dengan sendiri
Tapi apakah di dalam usaha itu ada niat yang murni seperti yang diceritakan tadi?
Niat yang murni itulah yang dikatakan di antara sifat taqwa
Alangkah untungnya kalau kita bekerja dan berusaha mendapat dua pahala
Pahala dunia itulah hasil usaha yang kita rasa di dunia lagi
Pahala Akhirat kerana pada usaha dan kerja itu kita ada niat kerana Allah dan berkhidmat kepada manusia
Niat yang betul itulah roh amal, roh usaha, roh kerja, roh ibadah
Itulah dia sifat taqwa untuk bekalan ke Akhirat sana 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah