Madah baru 60


*M356*
Perjuangan ibarat membawa kereta,jalan yang ditempuh suasananya tidak sama, adakalanya mendaki, adakalanya menurun, waktu-waktu tertentu menempuh liku-liku, adakalanya berjalan ditepi gaung, adakalanya menempuh banjir, tidak mustahil pula sekali sekala melalui batu-batu krikil dan jalan lekok-lekok,oleh itu kereta yang dibawa kenalah sekali sekala laju, adakalanya perlahan, tidak kurang pula ada waktunya berjalan sederhana boleh berhenti bukan rehat, Tapi mencari muslihat.

*M357*
Perjuangan macam orang membuka ladang, bermula dari meneroka hutan belantara, setengah orang itu satakat mampu berangan,hendak membuka hutan,tidak mampu mencoba.Setengah orang setakat sanggup masuk ke hutan, bila melihat semak samun,kayu besar-besar pula, banyak perkara yang merbahaya tidak sanggup menebang dan terus meninggalkan hutan.Setengah orang sudah sampai peringkat menebang tapi memerun pula dia tidak sanggup, keluar pula meninggalkan usaha-usaha. Setengah orang sudah sampai peringkat memerun tapi tidak mampu pula membajak,berhenti pula setakat itu.Setengah orang sudah siap membajak,dan menggemburkan tanah tidak sabar pula menanam,  mereka meninggalkan pula ladang.Setengah orang sanggup sampai menanam,hendak menjaga dan mengawal tanaman itu pula tidak sanggup keluar pula meninggalkan ladang,akhir sekali, tinggal golongan sedikit yang sanggup menjaga dan mengawal serta mengetam.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah